Pages

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu. Adalah dimaklumkan bahawa SPNT sedang membuka peluang pekerjaan bagi jawatan kosong berikut :

Kerajaan Terengganu Jawatan Kosong
Jawatan Kosong Kerajaan Terengganu


Jawatan Kosong Kerajaan Terengganu SPNT Terkini



Kepada calon yang berminat, borang permohonan jawatan kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Kerajaan Negeri Terengganu boleh didapati melalui pautan yang disediakan dibawah. Harap maklum dan selamat mencuba.

Temuduga Terbuka Posmen Lepasan SPM Terkini

Temuduga Terbuka Posmen Lepasan SPM Terkini. Dipelawa kepada warganegara Malaysia yang berminat serta memenuhi syarat untuk hadir ke sesi temu duga terbuka jawatan kosong Posmen yang akan diadakan pada ketetapan berikut :

Posmen Jawatan Kosong
Jawatan Kosong Posmen

Open Interview Posmen Kelayakan SPM Terbaru

Berikut merupakan jawatan yang ditawarkan :

1. Posmen ( Minima Sijil Pelajaran Malaysia )

Cara Mohon Kerja Posmen Pejabat Pos Malaysia



Kepada yang berminat, sila rujuk pada pautan yang disediakan dibawah untuk syarat lantikan, tarikh, masa dan lokasi yang telah ditetapkan. Baca tutorial dengan teliti untuk mencapai paparan yang berikutnya. Terima kasih.

Klik Sini Untuk Download
> Iklan Penuh Jawatan Kosong Posmen

Cara Orang Thai Buat Penggalak Akar Untuk Tanaman

Cara Orang Thai Buat Penggalak Akar Untuk Tanaman. Apakah rahsia ramuan orang Thailand dalam membuat penggalak akar untuk pokok yang ingin di tut ?  Ikuti panduan tentang kaedah orang thai membuat penggalak secara home made dan berkesan : 

Cara Mudah Buat Penggalak Akar
Cara Buat Penggalak Akar Pokok

Cara Thai Buat Penggalak Akar Untuk Pokok

Bahan-bahan yang diperlukan :

1.Sebotol Red Bull energy drink atau lain-lain jenama.
2.Sesudu makan belacan

Teknik Orang Thai Buat Penggalak Akar Sendiri

1. Sila campur ke dua bahan yang telah disediakan
2.  Kemudian, goncangnya agar sebati. 

Tips Buat Penggalak Akar Dengan Mudah Dan Murah

1. Sapu pada hujung keratan yang ingin di tanam seperti dahan lemon atau limau nipis atau bunga kertas atau bunga ros.
2. Sapu pada keratan pokok yang hendak di tut.

Bagi rendaman keratan atau semaian biji benih atau rendaman keratan, bahan-bahan yang diperlukan adalah dua sudu bancuhan bahan yang dinyatakan diatas bersama sepuluh liter air. Kemudian, rendamkan semalaman. Selamat mencuba.

Temuduga Terbuka Lepasan SPM Hingga Graduan Pantai Timur

Temuduga Terbuka Lepasan SPM Hingga Graduan Peringkat Pantai Timur. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, adalah dimaklumkan bahawa program temuduga terbuka Skim Latihan 1Malaysia peringkat Pantai Timur akan diadakan pada ( klik pada imej untuk lebih jelas )  :

Temuduga Terbuka Jawatan Kosong Pantai Timur
Temuduga Terbuka Pantai Timur

Senarai Syarikat Yang Menyertai SL1M Pantai Timur

Antara syarikat yang sedang membuka pengambilan Pelatih Skim Latiah 1Malaysia adalah:

1. Khazanah Nasional Berhad
2. Tenaga Nasional Berhad
3. Maybank
4. Lembaga Tabung Haji
5. Celcom Axiata Berhad
6. Telekom Malaysia Berhad
7. TH Plantations Berhad
8. Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT)
9. Permodalan Nasional Berhad (PNB)
10. Boustead Holdings Berhad
11. Sime Darby Berhad
12. Malaysia Airports Holdings Berhad

Temuduga Terbuka Jawatan Kosong Peringkat Pantai Timur

Dan dikesempatan ini juga, untuk menambah bilangan penerima manfaat dari acara open interview yang bakal dijalankan, kami dengan sukacitanya telah mempelawa syarikat-syarikat khususnya dari sekitar Pahang, Terengganu serta Kelantan yang menawarkan jawatan-jawatan kosong pelbagai bidang bagi pencari kerja di Zon Pantai Timur.

Senarai Syarikat Temuduga Terbuka Kerja Peringkat Pantai Timur

Antara syarikat yang akan berada dan membuat temu duga adalah :

1. Shin-Etsu Polymer (Malaysia) Sdn Bhd
2. Aegis BPO Malaysia Sdn Bhd
3. Kelly Services (Malaysia ) Sdn Bhd
4. QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd
5. Great Eastern Life Assurance (M) Bhd
6. AEON Co. (M) Bhd
7. Pointray (M) Sdn Bhd
8. Ziq Bakery & Cake Sdn Bhd
9. KT Skill Sdn Bhd
10. MGV Industries Sdn Bhd
11. Multimedia Development Corporation (MDeC)

Cara Dan Etika Berpakaian Ketika Menghadiri Temuduga Terbuka

Kepada yang berminat, sila hadir dengan berpakaian kemas serta bawa bersama dokumen-dokumen lengkap serta  mencukupi terutamanya dokumen penting berikut:

1. Salinan kad pengenalan
2. Resume terkini serta lengkap bergambar pasport
3. Surat Pengesahan Tamat Pengajian/ Transkrip Sementara jika belum konvo
4. Sijil-sijil akademik atau profesional

Hampir tiga ribu peluang latihan dan pekerjaan yang ditawarkan sepanjang dua hari program temu duga terbuka berlangsung. Terbuka kepada semua pencari kerja dari kelulusan SPM sehinggalah Ijazah.

Selain peluang kerjaya, peserta turut dapat melawat ke booth Talent Corporation (M) Berhad bagi mendapatkan khidmat 'resume review' dan memberikan tips-tips semasa menghadapi temuduga.

Cara Orang Thai Menghapuskan Lalat Buah Dengan Mudah

Cara Orang Thai Menghapuskan Lalat Buah Dengan Mudah. Berikut merupakan tips dan cara orang Thailand membasmi lalat buah yang mampu memberi kesan kepada tanaman mereka. Ikuti panduan tentang cara menghindari lalat buah yang telah disediakan dibawah :

Kaedah Mudah Perangkap Lalat Buah
Cara Perangkap Lalat Buah


Cara Mudah Orang Thailand Membasmi Lalat Buah

Bahan yang digunakan

1. Beberapa papan bewarna putih atau kuning yang berukuran 60 x 80 cm
2. Sticky glue secukupnya
3. Metyl eugenol

Teknik Orang Thai Menghapuskan Lalat Buah Pada Tanaman

1. Pertama, sapu "sticky glue" pada keseluruhan permukaan papan putih yang telah disediakan tadi.
2. Kemudian,titik hormon metyl eugenol, pada kesemua permukaan papan tersebut.
3. Gantungkan beberapa papan yang telah siap pada tempat yang sesuai. Kira-kira dalam ketinggian1.5 meter dari tanah.
4. Siap, dan lihat kesannya nanti.

Berdasarkan maklumat, penggunaan papan atau board yang bewarna kuning dikhabarkan lebih menarik perhatian dan berkesan kepada lalat buah dan seangkatan dengannya. Sekian,terima kasih.

Jawatan Kosong Kerani Lepasan SPM CIDB Terkini

Jawatan Kosong Kerani Lepasan SPM CIDB Terkini. Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia sedang membuka peluang kerjaya kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia sebagai :

CIDB Kerja Kosong
CIDB Malaysia


Kerja Kosong Kerani Kelayakan SPM CIDB

1. Kerani ( Minima SPM )

Cara Mohon Kerja CIDB Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan



Semua warganegara yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan seperti yang tertera pada iklan jawatan kosong diatas hendaklah membuat permohonan melalui pautan yang telah disediakan. Harap maklum dan terima kasih.

Gempa Bumi Landa Tasik Kenyir Kuala Berang Terengganu

Gempa Bumi Landa Tasik Kenyir Kuala Berang Terengganu. Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan bahawa beberapa kawasan di daerah hulu Terengganu telah dilanda gempar bumi pada pukul 9.25 malam tadi :

Gempa Bumi Landa Terengganu
Gempa Bumi Di Terengganu


Gempa Bumi Melanda Tasek Kenyir Terengganu

Gempa bumi lemah berskala 2.7 melanda Terengganu kira-kira jam 09:25pm sebentar tadi..Pusat gempa 10km daripada Tasik Kenyir dan 16km dari Kuala Berang.

Sumber : Jabatan Meteorologi Malaysia

Jawatan Kosong Guru Sambilan Sekolah MRSM Terkini

Jawatan Kosong Guru Sambilan Sekolah MRSM Terkini. Maktab Rendah Sains Mara mempelawa semua calon untuk memohon peluang kerjaya sebagai :



Kerja Kosong Cikgu Sambilan Sekolah MRSM Terbaru

1. Guru Bahasa Melayu ( 1 Kekosongan )
2. Guru Sejarah ( 2 Kekosongan )
3. Guru Pendidikan Islam ( 1 Kekosongan )

Cara Mohon Kerja Guru Sambilan Di Sekolah MRSM

Kepada semua yang berminat untuk mengisi kekosongan sepertimana iklan jawatan kosong MRSM diatas. Sila rujuk pada link atau pautan yang telah disediakan untuk syarat lantikan dan kelayakan memohon. Harap maklum dan selamat mencuba.

Resepi Cuka Cider Nenas Yang Mudah

Resepi Cuka Cider Nenas Yang Mudah. Apakah resipi dan cara untuk membuat cuka cider nenas? Ikuti panduan untuk membuat cider nanas yang telah disediakan dibawah.

Resepi dan Cara Buat Cider Nanas
Cider Nanas


Cara Mudah Membuat Cuka Cider Nanas

Bahan-bahan untuk menyediakan cuka cider nanas adalah seperti berikut :
  1. Satu kilogram kulit nenas
  2. Tiga ratus gram Gula merah
  3. Yeast 2 tsp
  4. Aluminium pot
  5. Botol 
  6. Kain kasa, getah bulat

Cara Buat Cider Nenas Dengan Mudah

1. Hiris halus kulit nenas
2. Masukkan air untuk menutupi kulit nenas.
3. Didih kulit nenas tadi dan masukkan gula merah. Rasa manisnya. Kalau tidak manis masukkan gula lg. Terus didih lagi. Angkat dan sejukkan
4. Botol direbus terlebih dahulu. Keluarkan dan buangkan air.
5. Bila dah sejuk, tuang rebusan kulit nenas ke dlm botol dan masukksn 2 tsp yeast tadi, tutup dgn kain dan ikat dgn getah. 
6. Letak dalam rumah ditempat tidak kena cahaya matahari selama lebih kurang 3-4 minggu. Kalau ada buih buka, setiap 2-3 hari dan buang. 
7. Selepas cukup 3 - minggu , tapis dan simpan dalam botol dalam peti ais.

Khasiat Cider Nenas Kepada Kesihatan

1. Untuk kesihatan jantung.
2. Membantu buang toxin dlm badan.
3. Awet muda.
4. Bagus untuk orang yg kekurangan kalsium.
5. Untuk pengidap athritis dan gout.
6. Boleh membantu meluruhkan batu dlm kidney dan gall bladder 
7. Boleh Membantu menjaga berat badan.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda. Jangan lupa kongsikan kepada orang lain juga. Terima kasih.

Pekerja Bangladesh Gaji RM3500 Tanpa Sebarang Kelayakan

Pekerja Bangladesh Gaji RM3500 Tanpa Sebarang Kelayakan Dan Skill. Kecoh di laman-laman sosial apabila satu surat tawaran yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat di Malaysia menawarkan gaji kepada pekerja bangladesh sebanyak RM3500 dan dikhabarkan tanpa sebarang kemahiran dan kelayakan. Ikuti maklum balas yang diberikan oleh penduduk tempatan selepas ianya di muat naik ke laman facebook :


Gaji Sebulan Pekerja Bangladesh RM3500
Gaji Pekerja Bangladesh Di Malaysia



Pekerja Bangla Gaji RM3500 Tidak Termasuk Elaun OT


Berikut merupakan sebahagian komen-komen yang diambil daripada fb setelah mendapat tahu pekerja bangla mendapat bayaran gaji yang lumayan berbanding rakyat Malaysia :

1. Aku lapan tahun jadi technician (bukan pembantu) kerja dalam petronas untuk dua tahun. Tapi, gaji baru rm2800. Inikan  bangla yang tiada sijil dan tiada skill langsung dapat kerja gaji RM3500 terus. Rasa bangkai betul Ada Ijazah pun perlu kerja bertahun tahun baru dapat gaji mcm ni . Lepas tu, siap kena cukai pendapatan lagi

2. Kerajaan patut buat sesuatu, mungkin majikan utamakan orang luar sebab mereka tak selalu balik cuti dan tak banyak keistimewaan. Mereka juga tiada epf, cuti tahunan dan sebagainya. Jangan kecam saya, hanya pendapat.

3. Sebab kerajaan tidak tegas dengan majikan-majikan yang ada kat malaysia ni lah rakyat salah kan kerajaan, mana tidak nya, bila kerajaan bagi duit sikit semua dah tutup mulut dan buat tak tahu.

4. Budaya duit kopi diamal di Malaysia secara terbuka.Ini memang satu kelemahan pentabiran.Ramai tak perlu berusaha dan dapat macam- macam kontrak,kemudahan,kedudukan istimewa dan wang berbilion bilion.

5. Utamakan orang dalam negara sebelum cari orang luar. Lihat contoh dalam komuniti kecil dalam rumah, kita utamakan keluarga sebelum jemput org lain masuk buat kerja dekat rumah kita. Negara banyak keluarkan pekerja bertauliah dan berkemahiran.. Misalnya MARA, Akademi Binaan Malaysia, Vokasional dan sebagainya.Buat kajian, di mana mereka sekarang dengan kemahiran dan kelayakan yang ada. Kenapa kerajaan tak buat inisiatif, buat perjanjian dengan syarikat-syarikat untuk ambil tenaga mahir ni isi dari jawatan rendah hingga tertinggi.Habis je belajar terus serap dalam sektor masing-masing.

6. Memang dengki dan sakit hati. Negara kita ramai yang ada kemahiran dan kelayakan.Sekarang syarikat nak tak bagi gaji pekerja tempatan dengan harga yang di minta.Lihat lepasan Mara, Akademi binaan Malaysia, Vokasional.Di mana mereka sekarang? Saya salah seorang lepasan kemahiran ke hulu kehilir cari dan hantar resume, turun naik bangunan. Namun, jawapan yang diberi hampa.Kalau saya seorang macam tu, tak tau apa nasib lepasan kemahiran yang lain. Kenapa tiada syarikat ambil inisiatif ambil pekerja kemahiran dari pusat-pusat latihan yang dah tamat. Serap pekerja tersebut dalam sektor masing-masing.Tak perlu buang duit bagi latihan sebab dah terdedah masa belajar.

7. Sapa suruh bapak lu undi Barisan Nasional hari tu.

Nak tambah komen? Luahan perasaan dan luahan rasa? Kongsi pendapat ? Sila tambah diruang yang telah disediakan dibawah. Harap maklum dan terima kasih. 

Aku Hampir Mati Di Pukul Kerana Wang Ringgit

Aku Hampir Mati Di Pukul Kerana Wang Ringgit. Akibat didakwa mencuri wang syarikat, seorang pekerja lelaki yang dipercayai warga Indonesia hampir mati apabila dipukul tanpa belas mengunakan seutas paip getah.


Akibat Sekeping Kertas Bernama Wang Manusia Jadi Gila

Melalui rakaman yang disebarkan melalui media sosial, mangsa dilihat berulang kali merayu agar beliau tidak lagi dipukul.

“Aduh sakitnya tangan aku, mati aku bang… aku minta tolong jangan pukul lagi.Saya sumpah bukan saya yang lakukan” katanya sambil menahan kesakitan.

Akan tetapi, sedikit rasa belas yang dipinta mangsa tidak diendahkan oleh lelaki yang dipercayai berketurunan Cina tersebut.

“Cakap, kamu sudah curi duit syarikat” ujar lelaki itu sebelum menendang muka dan bahagian tulang rusuk pekerja yang tidak berdaya itu. Walau bagaimana pun, lokasi kejadian dan masa yang sebenar berlaku  tidak dapat dipastikan.

Majoriti pengguna media sosial yang memberi maklumbalas menyifatkan tindakan yang dikenakan kepada mangsa sebagai kejam kerana tidak berperikemanusian serta menggesa agar pihak polis segera mengambil tindakan.

Video Pekerja Indonesia Di Pukul Di Malaysia

Jawatan Kosong Lepasan SPM VJS Cosmo Seluruh Negeri

Jawatan Kosong Lepasan SPM VJS Cosmo Seluruh Negeri. VJS Cosmo Global Sdn. Bhd mempelawa semua warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :


VJS Cosmo Global Kerja Kosong
VJS Cosmo Global

Jawatan Kosong Stevia Sweetener Seluruh Negara

Calon bolehlah melihat senarai jawatan yang ditawarkan pada iklan peluang kerjaya diatas. Kepada calon yang berminat, sila majukan permohonan anda ke alamat emeil yang diberikan dan sebarang pertanyaan lanjut, sila kemukakan ke nombor ditalian yang dipaparkan. Harap maklum dan selamat mencuba. 

Cara Orang Thai Tanam Pokok Tebu

Cara Orang Thailand Tanam Pokok Tebu. Air dari tebu, tanam sekali sahaja boleh minum air selamanya (Ancient technology of Thailand) sama macam mengambil nira nipah di Malaysia. Ikuti panduan dan tips yang telah disediakan dibawah :

Cara Mudah Orang Thai Mendapatkan Air Tebu
Cara Thailand Tanam Tebu


Kaedah Orang Thailand Tanam Pokok Tebu

1. Mula-mula tanam pokok tebu dan tunggu sehingga pokok tebu tersebut mencapai usia enam bulan. 2, Setelah tempoh 6 bulan, pilih satu pokok yang sesuai.
3. Kemudian, sediakan tong cat, potong di tengah ikat serta isi dengan media tanaman/potting soil. Ikatkan tong tersebut pada besi yang ditanam di tanah dikiri kanan tong, supaya tidak tumbang atau terbalik ( boleh dirujuk pada gambar diatas).
4. Tunggu sehingga dua bulan akar akan tumbuh dalam tong yang digunakn.
5. Selepas 2 bulan, sila cantas batang tebu bawah tong tersebut secara serong 45 darjah dan lebih kurang cukup bagi meletak gelas ataupun cawan di bawahnya, air akan keluar setitik demi setitik dari batang tebu tadi. Boleh dapat dalam segelas  satu hari.
5. Untuk dapatkan air, hiris nipis batang tebu yang dipilih setiap hari.
6. Sekiranya hirisan dibatang tebu yang dibuat setiap hari, telah sampai ke tong, injak tong tersebut naik ke atas.
7. Bagi maniskan air yang dihasilkan oleh pokok tebu, letak fertilizer (tak tahu baja apa).

Diharap perkongsian mengenai teknik orang thai menanam dan mendapatkan air tebu diatas memberi manfaat kepada anda. Jangan lupa kongsikan dengan yang lain. Terima kasih dan selamat mencuba.

Jawatan Kosong Kerajaan Lepasan SPM Kementrian Kerja Raya

Jawatan Kosong Kerajaan Lepasan SPM Kementrian Kerja Raya. Adalah dimaklumkan bahawa SPA sedang membuka peluang pekerjaan bagi jawatan berikut :

Kementrian Kerjaraya Kerja Kosong
Kementrian Kerja Raya

Kerja Kosong Kerajaan Kelayakan SPM Kementrian Kerja Raya

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia mempelawa semua calon yang berminat dan memenuhi syarat yang telah ditetapkan untuk memohon kekosongan sebagai :

1. Pembantu Kemahiran Gred 17- 100 Kekosongan
2. Penjaga Jentera Elektik Gred 17- 10 Kekosongan

Syarat lantikan kedua-dua jawatan diatas adalah minima Sijil Pelajaran Malaysia

Cara Mohon Kerja Kementerian Kerja Raya



Calon yang berminat dengan peluang kerjaya yang ditawarkan, sila kemukakn permohonan anda melalui pautan atau link yang disediakan dibawah. Harap maklum.

Tulus Ikhlas Full Movie Online

Tulus Ikhlas Full Movie Online. Tonton dan download filem Tulus Ikhlas yang disiarkan melalui Astro First Ekslusif. Arahan Hafiz Ibrahim. Barisan Pelakon terdiri daripada Safiq, Azri Iskandar, Marissa Yasmin serta Rahim Omar.

Tulus Ikhlas Full Movie Online Download
Tulus Ikhlas Full Movie


Tulus Ikhalas Full Movie Astro First

Film Tulus Ikhalas merupakan sebuah filem yang diadaptasi daripada sebuah iklan, Safiq bersahabat baik dengan Azmi sejak kecil dan mereka membesar di rumah anak yatim.

Mentadak Mentadu Macam Mana Saya Tidur

Mentadak Mentadu Macam Mana Saya Tidur. Pasti ramai diantara kita sewaktu usia masih kanak-kanak bermain dengan mentadak mentadu dan menyoal soalan yang sama bukan?  Namun, tahukah anda bahawa mentadak mentadu salah satu yang mampu menyelamatkan tanaman anda daripada makhluk perosak? Ikuti sedikit perkongsian tentang mentadak mentadu dibawah :


Tentang Mentadak Mentadu
Mentadak Mentadu



Mentadak Mentadu Haiwan Yang Baik

Petang tadi semasa aku siram pokok bunga, aku terjumpa mentadak mentadu ataupun praying mantis dalam bahasa Inggeris. Besar jugak mentadak yang aku lihat tersebut. Aku pun pun tanpa menunggu lama terus 'pancutkan dengan air yang berkelajuan agak tinggi ke arah mentadak itu. Nah, rasakan!

Kelebihan dan Kebaikan Mentadak Mentadu

Tiba-tiba timbul pula rasa terhadap si mentadak. Penat dia menyorok dan mengelak. Dan, aku terfikir  satu soalan tentang apa yang dibuat oleh mentadak pada pokok yang aku tanam? 

Maka tadi aku pun bertanya kepada seorang pensyarah serta membuat rujukan di internet. Rupa-rupanya mentadak mentadu ni rakan kita. Baik sifat binatang ni. Mentadak akan bunuh serangga-serangga lain yang kebanyakannya merosakkan pokok-pokok. Misalnya serangga yang dia makan, adalah belalang.

Jesteru, lain kali kalau anda ternampak mentadak mentadu di kebun anda, biarkan dia. Dia dapat melindungi tanaman kita daripada haiwan perosak yang lain.

Bagaimana Mentadak Mentadu Mengawan

Tahukah anda bahawa apabila mentadak mentadu siap mengawan, mentadak betina akan membunuh pasangannya untuk dijadikan  sebagai makanan. Perkara ini dilakukan agar mentadak betina mempunyai sumber protein yang mencukupi dalam mengasilkan telur yang sihat.

Semoga perkongsian tentang mentadak mentadu ini dapat memberi anda sedikit maklumat dan manfaat. Jangan lupa untuk kongsikan kepada yang lain. Terima kasih.

Jawatan Kosong Kerani Pelabuhan Lepasan SPM Fuji Logistics

Jawatan Kosong Kerani Pelabuhan Lepasan SPM Fuji Logistics.  Syarikat Fuji Logistic ingin menjemput calon-calon yang yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :

Fuji Logistics Kerja Kosong
Fuji Logistics



Kerja Kosong Fuji Logistic Kerani Kelayakan SPM

1. Kerani Pelabuhan ( Minima Sijil Pelajaran Malaysia )

Cara Mohon Kerja Kerani Di Fuji Logistic

Kepada individu yang berminat untuk mengisi peluang kerjaya yang ditawarkan, sila majukan permohonan anda ke alamat emeil seperti yang tertera pada iklan jawatan kosong Fuji Logistic diatas. Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah dikemukakan kepada nombor ditalian yang tertera. Harap maklum dan selamat mencuba.

Usin UFO Full Movie 2016

Usin UFO Full Movie 2016 Online. Sebuah filem arahan Zul Yahya dan dibarisi pelakon terkenal negara seperti Shuib Sepahtu, Yassin Senario, Liza Abdullah, Puteri Sarah Liyana,  serta Aishah Ilias.

Usin UFO Full Movie Online Download
Usin UFO


Usin UFO Full Movie Online

Filem Usin UFO adalah mengenai seorang pemuda bernama Usin yang rajin menyertai setiap aktiviti yang dijalankan persatuan kampungya. Beliau mempunyai sebuah resort percutian yang diurus bersama-sama adik dan ibunya. 

Di kampung Usin terdapat sekumpulan kutu rayau yang selalu mengganggu orang lain iaitu Jojo dan rakan-rakannya. Hobi mereka adalah menghabiskan masa dengan melepak di gerai Makcik Limah serta mengganggu Suraya, anak kepada Limah dan adik kepada Usin iaitu Husna.

Pada suatu hari, UFO telah datang ke bumi dan menculik Usin bagi menjadikannya sebagai bahan kajian.

Drama Suami Tanpa Cinta Episod Full

Drama Suami Tanpa Cinta Episod Full Astro Ria. Tonton dan download drama adaptasi novel ‪‎Suami Tanpa Cinta‬ karya Syamnuriezmil. Lakonan Shukri Yahaya dan Janna Nick. Terbitan Pena Creative.

Drama Suami Tanpa Cinta Online
Suami Tanpa Cinta


Drama Suami Tanpa Cinta Full Episode Online

  1. Shukri Yahaya sebagai Zaidan Iman
  2. Janna Nick sebagai Ain Syifa
> Tonton Drama Suami Tanpa Cinta Full Episod Online

Cara Daftar Menjadi Sukarelawan Pusat Transit Gelendangan

Cara Daftar Menjadi Sukarelawan Pusat Transit Gelendangan. Bagaimana cara untuk menjadi sukarelawan rumah transit gelendangan ? Sila hubungi nombor telefon yang tertera untuk pendaftaran dan maklumat lanjut.

Rumah Transit Gelendangan
Pusat Transit Gelendangan


Cara Nak Jadi Sukarelawan Untuk Rumah Transit Gelendangan

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Kepada sesiapa yang ingin menjadi sukarelawan di rumah Transit Gelendangan  yang akan mula beroperasi bermula 10 Febuari 2016, sila hubungi nombor di talian 012-9422656 atau  berhubung dengan Sukarelawan YKN untuk tujuan mendaftarkan diri dan maklumat lanjut. Ramai sukarelawan yang diperlukan mengikut kesesuaian masa anda.Terima kasih dan jangan lupa sebarkan maklumat ini kepada yang lain.

Pengulas Bola Sepak Tempatan Di Kecam Pihak Antarabangsa

Pengulas Bola Sepak Tempatan Di Kecam Pihak Antarabangsa. Pengulas sukan bola sepak Malaysia telah dikecam dunia akibat reaksi yang ditunjukkan oleh pengulas TV9 ketika aksi perlawanan diantara Pulau Pinang Menentang Pahang.

Faiz Subri Jaring Gol Cantik
Faiz Subri


Pengulas Bola Sepak Malaysia Dikritik Dunia

Menerusi maklum balas yang diperoleh dari The Sport Bible, pelbagai komen-komen pedas yang diutarakan oleh penonton video jaringan cantik Faiz Subri semasa perlawanan Liga Super Malaysia,

David Buckley menulis : "Bagaimana pengulas tersebut dapat memberi reaksi seperti dia melihat perkara ini setiap hari?".

Komen yang dilemparkan tersebut telah mendapat lebih dari dua ratus likes ( mungkin sudah meningkat ketika ini)  dan juga beberapa mesej susulan terutamanya dari rakyat Malaysia yang majoritinya bersetuju dengan komen David Buckley.

Pengulas Bola Sepak Malaysia Teruk

Mohamed Basyir pula menulis : "Begitulah pengulas Malaysia, teruk".

Kwok Weing pula menulis : "Setuju. Tiada emosi langsung semasa melihat gol yang cantik. Sangat merugikan, tolong buang pengulas ni." 

Namun terdapat juga yang tidak bersetuju dengan perkara yang dikatakan oleh mat salleh berkenaan. Adza Edie Izwan membalas "Sebenarnya, itu hanyalah tayangan ulangan".

Selepas itu, David Buckley membalas komen Adza dengan berkata walaupun sekadar ulangan, kebiasaannya pengulas di eropah tentu masih lagi teruja dengan gol yang cantik seperti gol Faiz Subri tersebut.

Jawatan Kosong Kerani Kerajaan Lepasan SPM FRIM

Jawatan Kosong Kerani Kerajaan Lepasan SPM FRIM. Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia mempelawa semua warganegara yang berminat untuk memohon kekosongan jawatan yang sedang dibuka :

Institut Penyelidikan Perhutanan Kerja Kosong
Institut Penyelidikan Perhutanan


Kerja Kosong Kerani Kerajaan Kelayakan SPM Institut Perhutanan

1. Kerani Gred N17 Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia- 6 Kekosongan

Cara Mohon Kerja Di FRIM Institut Penyelidikan Perhutanan



Sukacita dimaklumkan bahawa, sesiapa yang berminat untuk mengisi peluang kerjaya yang dipaparkan pada iklan kerja kosong FRIM diatas, hendaklah mengemukakan permohonan melalui pautan yang telah disediakan. Harap maklum dan terima kasih.

Cara Buat Racun Kulat Dalam Tanah Dengan Berkesan

Cara Buat Racun Kulat Dalam Tanah Dengan Berkesan. Bagaimana cara nak buat racun untuk bunuh kulat dalam tanah yang selalu menganggu tanaman anda seperti pokok ubi dan pisang serta sewaktu dengannya? Ikuti panduan membuat rabun pembunuh kulat dalam tanah yang telah disediakan dibawah :

Kaedah Hapuskan Kulat Tanah
Cara Matikan Kulat Dalam Tanah


Cara Nak Hapuskan Kulat Dalam Tanah

Bahan bahan yang diperlukan:

1, Empat  labu bawang putih dikisar atau dihancurkan 
2. Setengah cawan Baking Soda 
3. Empat liter air

Cara Mudah Matikan Kulat Dalam Tanah

1. Rebus semua di atas
2. Biarkan sejuk ke suhu bilik.
3. Tapis serta masukan dalam 'watering can'
4. Siram serta basahkan keliling pokok dimana tanahnya bermasalah.
5. Lebihan bawang putih yg di tapis tadi dicangkul-cangkul dan digaul dgn tanah keliling pokok

Itulah sahaja perkongsian mengenai cara untuk membunuh kulat bagi tanah yang bermasalah. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda. Jangan lupa kongsikan juga kepada yang lain. Terima kasih.

Jawatan Kosong Kerani Lepasan SPM Lembaga Lada MPB

Jawatan Kosong Kerani Lepasan SPM Lembaga Lada Malaysia ( MPB ). Lembaga Lada Malaysia sedang membuka peluang kerjaya kepada mana-mana individu yang berminat serta memenuhi syarat yang telah ditetapkan. Maklumat lanjut adalah seperti berikut : 

Lembaga Lada MPB Kerja Kosong
Lembaga Lada MPB


Kerja Kosong Kerani Kelayakan SPM Lembaga Lada Malaysia

1. Kerani Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Gred N17

Cara Mohon Kerja Kerani Lembaga Lada Malaysia



Calon yang berminat mengisi jawatan kosong yang ditawarkan, sila majukan permohonan anda melalui pautan atau link yang telah disediakan. Baca arahan yang dipaparkan diatas dengan baik bagi memudahkan anda mencapai paparan yang seterusnya. Harap maklum dan selamat mencuba.

Jawatan Kosong Miros Institut Penyelidikan Keselamatan Jalanraya Terkini

Jawatan Kosong Miros Institut Penyelidikan Keselamatan Jalanraya Terkini. Institut Penyelidikan Keselamatan Jalanraya Malaysia sedang membuka peluang kerjaya kepada seluruh warganegara yang berminat dan berkelayakan seperti maklumat dibawah :

Miros Kerja Kosong
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalanraya


Kerja Kosong Institut Penyelidikan Keselamatan Jalanraya Miros

1. Pegawai Penyelidik Gred Q41
2. Pegawai Penyelidik Sosial Gred N41
3. Pegawai Tadbir Gred N41
4. Pembantu Penyelidik Gred Q19
5. Pembantu Tadbir ( Perkeranian/ Operasi ) Gred N19


Cara Mohon Kerja Di Miros

Semua warganegara yang ingin memohon jawatan di Institut Penyelidikan Keselamatan Jalanraya, hendaklah menggunakan pautan atau link yang telah disediakan. Baca tutorial dengan baik bagi memudahkan anda mencapai paparan berikutnya. Terima kasih.



Klik Sini Untuk Download

Temuduga Terbuka Mydin Pulau Sebang Terkini

Temuduga Terbuka Mydin Pulau Sebang Melaka. Mydin Cawangan Pulau Sebang Melaka mempelawa semua rakyat Malaysia yang berminat dan berkelayakan bagi menghadiri sesi open interview Mydin Pulau Sebang Melaka yang akan diadakan seperti maklumat berikut :

Mydin Pulau Sebang Kerja Kosong
Mydin Pulau Sebang


Jawatan Kosong Mydin Pulau Sebang Terbaru

Pelbagai jawatan yang ditawarkan semasa acara temu duga terbuka yang akan dijalankan bermula dari jawatan untuk :

1. Lepasan PMR
2. Lepasan SPM
3. Lepasan STPM dan Diploma
4. Lepasan Ijazah

Cara Mohon Kerja Di Mydin Pulau Sebang

Calon yang berminat, sila hadirkan diri bersama resume, dokumen-dokumen berkaitan serta salinan dan juga berpakaian kemas pada tarikh, masa dan lokasi yang telah ditetapkan seperti yang tertera pada iklan jawatan kosong Mydin Pulau Sebang diatas. Harap maklum.

Kerajaan Lancar Rebat RM5000 Untuk Tukar Kereta Lama

Kerajaan Lancar Rebat RM5000 Untuk Tukar Kereta Lama. Pemilik kereta berusia lebih 10 tahun kini boleh mendapatkan rebat sehingga RM5,000 bagi membeli kereta yang baru, menerusi skim terbaharu yang dijangka akan membuka permohonan bermula pada bulan mac tahun ini.

Skim Tukar Kereta Lama 1Malaysia
Skim Rebat Kereta Lama



Skim Trade In Kereta Lama 1Malaysia

Malah, skim ‘trade-in’ yang dinamakan Skim Insentif Pengguna tersebut membolehkan pengguna membeli sebarang jenama kereta daripada syarikat pengeluar peralatan tulen (OEM) tempatan,walaupun kereta yang mereka mahu lupuskan tersebut adalah berlainan jenama.

Mohamad Madani Sahari, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI) berkata, perbincangan untuk menjayakan skim Insentif Pengguna sudah berada di peringkat akhir serta berpotensi untuk dilaksanakan seawal Mac ini.

Selain melibatkan kereta berusia lebih 10 tahun katanya, skim ini juga dijangka terbuka kepada pemilik-pemilik kereta yang terbabit dalam bencana banjir yang berlaku sering terjadi di Malaysia.

Sumber : Utusan Malaysia

Cara Buat Pelamin Yang Mudah Dan Cantik

Cara Buat Pelamin Yang Mudah Dan Cantik. Bagaimana untuk membuat pelamin perkahwinan yang cantik dan murah ? Ikuti perkongsian tentang panduan membuat pelamin dengan kos yang rendah namun dapat memukau hadirin yang hadir. 

Cara Buat Pelamin Perkahwinan Yang Bajet
Buat Pelamin Sendiri


Cara Mudah Buat Pelamin Yang Cantik 

Pelamin akad nikah DIY sendiri tak sampai RM100 pun. Lampu warna warni tu ada orang bagi. Tapi kalau tak letak pun, saya rasa dah cukup lawa.Bagi sesiapa yang hendak buat pelamin bajet untuk majlis akad nikah atau bersanding bolehlah ikut cara saya.

Cara Buat Pelamin Yang Murah Dan Cantik

Modal yang saya guna cumalah :

1. Kain jersey putih RM2 per meter
2. Kertas majong RM0.50 per helai
3. Kertas A4 ( beli kertas untuk print secara pukal, jimat)
4. Tisu putih RM3 hingga RM4 per kotak.

Jom buat sendiri pelamin anda pula. Serius ringkas, cantik dan berbaloi. Tak payah nak tempah-tempah pelamin dan mungkin kos tempah pelamin boleh dibuat untuk membeli keperluan lain selepas perkahwinan. Mesti orang pujilah nanti. Jangan lupa kongsikan kepada yang lain ya.Terima kasih.

Sos Cili Perisa Cicak Kobeng Yang Sedap

Sos Cili Perisa Cicak Kobeng Yang Sedap. Seorang pengguna sos cili terkejut apabila mendapati terdapat seekor cicak didalam botol yang baru dibeli dan dibuka oleh beliau untuk bersarapan.

Sos Cili Perisa Cicak Sedap
Sos Cili Cicak


Sos Cili Maggi Perisa Bangkai Cicak

Seorang pengguna laman sosial facebook terkejut apabila mendapati beliau telah memenangi hadiah berupa seekor cicak yang sudah mati apabila membeli satu sos cili kegemaran masyarakat negara. Menurutnya, hadiah yang diterima ini hanya disedari semasa ingin makan pagi bersama kakak kandungnya dirumah. Setelah membuka botol sos cili tersebut dan menuangnya ke dalam bekas, mereka tidak menyangka bahawa sos cili tersebut merupakan keluaran istimewa syarikat megi iaitu sos cili perisa cakcak. Beli sos cili percuma cicak.

Temuduga Terbuka Kerani Lepasan SPM Westport Malaysia

Temuduga Terbuka Kerani Lepasan SPM Westport Malaysia. Sukacita dimaklumkan bahawa, Westport Malaysia akan mengadakan satu temuduga terbuka bagi mencari tenaga kerja dalam bidang :

Westport Malaysia Kerja Kosong
Westport Malaysia


Jawatan Kosong Kerani Lepasan SPM Westport Malaysia

1. Kerani ( 50 Kekosongan )

Cara Mohon Kerja Di Westport Malaysia



Kepada calon yang berminat, sila rujuk pautan dibawah untuk tarikh, masa, lokasi dan syarat lantikan bekerja sebagai kerani di Westport. Baca arahan dengan baik bagi memudahkan anda mencapai pautan seterusnya. Harap maklum. Terima kasih.

Resepi Air Vitagen Dan Cara Buat

Resepi Air Vitagen Dan Cara Buat. Bagaimana untuk membuat air vitagen sendiri atau secara homemade? Ikuti perkongsian tentang resipi dan kaedah buat air vitagen perisa strawberry dibawah :

Cara Mudah Buat Air Vitagen
Resepi Air Vitagen

Bahan-bahan Untuk Membuat Air Vitagen

1. Semangkuk buah strawberri segar dari ladang yang sudah siap dipotong.
2. Semangkuk air, sukatan sama dengan strawberry
3. Tiga senduk plain yogurt

Cara Buat Air Vitagen Dengan Mudah Dan Senang

1. Kisarkan buah strawberry bersama dengan air
2. Tapiskan ( isi stroberi jangan buang, nanti boleh dijadikan jem)
3. Kemudian, blendkan air strawberry tersebut dengan yogurt
4. Masukkan dalam botol dan simpankan dalam peti ais.

Saya buat dua versi, satu untuk anak kecik, saya tak tambah gula, jika masam sangat, hanya tambahkan madu asli sahaja Bagi mak ayah dan anak anak yang sudah besar, tambahkan gula mengikut kemanisan yang diinginkan. Lebih elok guna gula perang organik.

Luahan Ikhlas Dari Hati Pelajar Universiti Pointer 2.0

Luahan Ikhlas Dari Hati Pelajar Universiti Pointer 2.0. Luahan hati seorang pelajar dari sebuah pelajar universiti yang terletak di sebelah pantai timur negara. Pasti mampu untuk membuatkan anda terkenang zaman belajar bersama kawan-kawan semasa di pengajian tinggi. 

Pelajar Universiti Dapat Keputusan Rendah
Pelajar Dapat CGPA Rendah


Pelajar CGPA 2.0 Lebih Mudah Dapat Kerja dan Lebih Stabil

Bukan aku hendak cakap apela, aku pon Dekan jugak namun aku merahsiakanya. Biar aku nampak seperti bodoh serta macam memiliki pointer 2.0 yang penting ibu bapa aku tengok selimpang kuning masa aku konvo. Aku suka memerhati dan aku tau rakan kelas aku yang dapat Dekan, perangai mereka tak ubah seperti sudah berjaya dunia akhirat. Memandang orang atas bawah. Yang tak dekan tapi acah-acah dekan ni kita buang ke tepi. Tapi aku nak cerita, bagi aku kawan-kawan yang keputusan cukup-cukup makan inilah truly friend . Mereka yang dapat Pointer 2.0 ni lah yang sanggup berkongsi tugasan untuk di plagiat oleh rakan-rakan yang lain. Mereka juga yang sanggup menanggung risiko untuk tolong tanda tangan attenden kelas untuk bekap kawan tak datang even tak whatsapps pon suruh tandakan. Mereka yang pointer bawah 3.00 ni lah yang selalu update dalam group mengingatkatn tarikh-tarikh penting assignments, kuiz, test dan sewaktu dengannya. Budak-budak bermasalah ni lah selalu menjadi penyeri kelas dikala kelas menjadi senyap dipenuhi budak 3.5 tiba-tiba kelas jadi riuh and happening .Jangan seperti 3.5 payah sungguh nak mintak tolong, hanya tahu pergi kelas balik kelas, makan bungkus bawak balik makan sorang-sorang (  ‪‎taksemua‬ )

Sekarang aku dah grade, dan mereka yang 2.0 ni lah kewangan mereka dah stabil. Yang keputusan 3.5 ni masih tercari-cari kerja. Yela rezeki tak sama ditangan Tuhan . Tapi jangan lupa kawan, rezeki kita mudah jika kita permudahkan urusan orang lain. Terima kasih banyak kepada yang membantu suatu ketika dahulu.

Uptown Kontena Kuala Terengganu Pantai Tok Jembal

Uptown Kontena Pantai Tok Jembal Terengganu. Kini Terengganu memiliki satu lagi tarikan kepada muda mudi iaitu Dapo Pata Uptown Kontena. Bagi yang belum mengetahui, Dapur Pantai Uptown Kontena terletak di pesisir lagun Kampung Pantai Tok Jembal, Gong Badak, Derah Kuala Nerus, Terengganu.

Bazar Uptown Kontena Terengganu
Uptown Kontena Terengganu


Dapo Pata Uptown Kontena Terengganu

Dapo Pata baru sahaja dibuka yang bertempat berhampiran dengan Unisza ( Universiti Sultan Zainal Abidin ) dan UMT ( Universiti Malaysia Terengganu) , jika anda mempunyai kesempatan atau kelapangan bolehlah cuba datang  bersama kawan-kawan, keluarga, sanak saudara dan sewaktu dengannya serta memberi maklum balas kepada vendor-vendor di Dapo Pata Uptown Kontena untuk meningkatkan kualiti operasi dalam memenuhi selera da keselesaan ketika berkunjung disana.

Uptown Kontena Kuala Terengganu
Uptown Kontena Kuala Terengganu


Uptown Kontena Terengganu Bazar Makanan

Pelbagai menu disajikan disini. Untuk pengetahuan semua, ianya akan mula beroperasi mulai jam 5.00 petang sehingga 2.00 pagi setiap hari. Lokasi terbaharu santai dan berangin bagi kaki hipseter, kaki pantai, beach boy, kaki lepak, kaki dating, kaki makanan sedap, kaki romantik, berahim kaki dan lain-lain kaki lagi.

Jangan lupa untuk sebarkan maklumat tentang uptown kontena Tok Jembal ini di laman-laman sosial milik anda dan pakat mari belaka. Sekian terima kasih dan jumpa mung di nung.