Pemilihan Pemain Bola Sepak Muda Johor Darul Takzim

Pemilihan Bakat Pemain Bola Sepak Muda Harimau Selatan, Johor Darul Takzim. PBNJ atau
Persatuan Bolasepak Negeri Johor menjemput semua  yang berminat untuk hadir ke sesi pemilihan terbuka pemain bola sepak untuk kategori bawah dua belas tahun pada 26 November 2015 dan kategori lima belas tahun pada 30 November di Stadium Educity, Nusajaya. Acara akan bermula pada pukul 8.00 pagi dibawah kendalian jurulatih daripada Borussia Dortmund. Bagi kategori dua belas tahun hanya layak bagi pemain yang dilahirkan pada tahun 2004 manakala kategori lima belas tahun bagi pemain yang dilahirkan pada tahun 2001 dan 2002 sahaja. 

Pencarian Bakat Muda Pemain Bola Harimau Selatan
Pemilihan Bakat Muda JDT


Pencarian Bakat Muda Harimau Selatan

Kepada sesiapa yang berminat, sila majukan butiran anda seperti dibawah :

Nama :
Nombor Kad Pengenalan :
Alamat :
Nombor Telefon :
Email Penjaga :
Nama Kelab :
Nama Sekolah :
Posisi Bermain :

Semua permohonan hendaklah diemailkan kepada Encik Arif Haq arifhaq@johorfa.com bagi kategori 12 tahun sebelum jam 11 malam pada 23 November 2015 dan Encik Shahrizal Sarip shahrizal@johorfa.com  bagi kategori  15 tahun sebelum jam 11 malam pada  26 November 2015.

Tambahan :
  • semua calon berdaftar akan dihubungi melalui email.
  • semua calon akan menjalani ujian kepantasan.
  • Latihan rasmi akan bermula mulai februari 2016
  • Mereka yang terpilih akan ditempatkan di sebuah sekolah berasrama untuk memudahkan latihan akademi bola sepak dan proses pembelajaran pemain. 


Program pembangunan bola sepak dari peringkat akar umbi merupakan iilham dari DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor merangkap Penaung Diraja Persatuan Bolasepak Negeri Johor.

2 Responses to "Pemilihan Pemain Bola Sepak Muda Johor Darul Takzim"

  1. salam ,boleh saya taw bile jdt akan membuat pemilihan bola sepak untuk piala belia dan piala presiden ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam bro..mengikut ape yg ako dengar dari mmber ako pemilihan tu dh lepas rasenye...ako dngan abang ako pon nk pegi..tapi hmpa bile dngar berita tu...

      Delete