Cara Lajukan Kipas Siling Dengan Mudah Dan Murah

Cara Lajukan Kipas Siling Dengan Mudah Dan Murah. Bagaimana nak lajukan kipas siling yang perlahan menjadi laju bagaikan helikopter ? Ikuti kaedah mudah lajukan kipas syiling rumah yang telah disediakan dibawah :

Cara Lajukan Kipas Siling Rumah Anda
Cara Lajukan Kipas Siling

Cara Mudah Dan Jimat Lajukan Kipas Siling Rumah 

Maslaah kipas siling yang lama biasanya apabila pasang nombor lima pusingnya macam angin sepoi-sepoi bahasa sahaja. Jesteru, apa yang perlu anda lakukan adalah tukarkan  " capacitor " sahaja. Kapasitor ni ibarat hos, jika tidak berada dalam keadaan baik, maka air akan keluar meleleh. Namun, jika dalam keadaan yang baik, air yang keluar akan dalam keadaaan memancut dan arusnya padat. 

Cara Baiki Kipas Siling Yang Perlahan Dengan Mudah

Dibawah merupakan langkah-langkah untuk menukar capacitor kipas bagi melajukan kipas rumah anda yang perlahan :

1. Baca Bismillah
2. Sila buka "housing"  kipas ( terdapat  satu skru di bahagian atas kipas )
3. Bila dah buka, tanggalkan capacitor lama yang ada pada kipas
4. Selepas itu, sila potong wayar capacitor yang bersambung dengan earth dan supply (capacitor tidak mempunyai kutub, boleh sambung mana-mana hujung kemudiannya)
5. Akhir sekali, gantikan capacitor baru, sambungkannya semula wayar earth and wayar supply.
6. Pasang balik kipas anda.

Selepas sudah siap pasang kipas anda ke tempat asalnya, cuba uji kelajuannya, InsyaAllah kipas akan lebih laju dari yang sebelumnya. Itulah sahaja perkongsian tentang tips melajukan kipas siling yang perlahan. Jangan lupa kongsikannya teknik ini dengan orang lain dengan kongikan di laman-laman sosial milik anda atau klik pada simbol g+1 dibawah. Terima kasih dan selamat mencuba.

0 Response to "Cara Lajukan Kipas Siling Dengan Mudah Dan Murah"

Post a Comment