Bedak Johnson And Johnson Mengandungi Kimia Berbahaya. Firma Johnson and Johnson telah diarah membayar 55 juta dolar Amerika kepada seorang wanita yang mengalamai barah ovari setelah menggunakan produk talkum bagi kebersihan wanita syarikat tersebut.
Johnson & Johnson |
Bedak Talkum Johnson & Johnson Punca Barah Ovari
Keputusan tersebut merupakan kekalahan kedua berturut-turut syarikat Johnson & Johnson, yang berhadapan seribu dua ratus saman menuduh syarikat tersebut tidak memberi amaran kepada pengguna tentang risiko barah produk berasas talkum keluarannya.
Februari lalu, keluarga seorang wanita yang telah meninggal dunia kerana barah ovari setelah bertahun-tahun memakai bedak talkum untuk tujuan kebersihan wanita itu, mendapat bayaran ganti rugi berjumlah 72 juta dolar daripada Johnson and Johnson.
0 Response to "Bedak Johnson And Johnson Mengandungi Kimia Berbahaya"
Post a Comment