Kenapa Rumah Orang Jepun Lapang Tiada Perabot Mahal

Kenapa Rumah Orang Jepun Lapang Tiada Perabot Mahal. Rumah orang Jepun lapang. Barangan yang ada hanyalah minimun sahaja. Sepanjang saya di Jepun, saya tidak pernah nampak kedai perabot yang berderet-deret seperti  Malaysia. Malah saya juga tidak nampak langsung kedai perabot!

Perabot Rumah Orang Jepun
Rumah Orang Jepun


Rumah Orang Malaysia Vs Jepun

Rumah orang Jepun kecik-kecik sahaja. Namun, walaupun kecil, rumahnya jadi luas serta lapang sebab tak banyak barang. Sebab itulah para ibu di Jepun jarang bertukar jadi naga. Dia orang mempunyai banyak masa untuk bersama anak, bermain bersama, cakap baik-baik dengan anak dan melayan kerenah anak. Para ibu disini lebih stabil mental dan fizikalnya.

Para ibu  dekat sebelah sana, tidak payah habiskan masa sampaikan berjam-jam  masa dihabiskan untuk kemas rumah. Lipat kain baju yang bertan-tan. Sebabnya semua yang ada diminimumkan.

Jadi, kepada para ibu yang dirumah , cuba lihat sekeliling rumah. Sebenarnya sebahagian punca stress yang kita ada di rumah adalah akibat rumah kita terlalu banyak barang. Nak kemas aje dah amik masa sampai berjam jam. Masa banyak dihabiskan untuk kemas dan tak masuk lipat kain baju. - Ochiai,tama-Shi.

0 Response to "Kenapa Rumah Orang Jepun Lapang Tiada Perabot Mahal"

Post a Comment