Resipi Ayam Panggang Berempah

Resipi Ayam Panggang Berempah Yang Mudah dan Sedap. Cara dan bahan untuk menyediakan ayam panggang berempah untuk makan seisi keluarga adalah seperti dibawah :

Ayam Panggang Berempah Yang Sedap
Ayam Panggang Berempah


Bahan Bahan Untuk Membuat Ayam Panggang Berempah
  1. Satu ekor ayam yang telah dibersihkan dan dipotong
  2. Sehelai daun pandan (disimpul)
  3. Setengah inchi kunyit hidup
  4. Setengah sudu makan lada hitam yang telah dikisar halus
  5. Lima tangkai daun ketumbar yang telah dikisar halus
  6. Lima ulas bawang putih yang dikisar atau ditumbuk
  7. Setengah inchi halia yang sudah dikisar
  8. Sesudu besar serbuk kari ayam
  9. Sesudu besar jus lemon
  10. Dua sudu besar madu
  11. Dua sudu besar minyak zaitun atau minyak masak
  12. Garam secukupnya


Cara Masak Ayam Panggang Berempah 

1. Masukkan kesemua bahan yang diatas ke dalam periuk. Kemudian rebuskan bahan-bahan tersebut sehingga separuh masak.

2. Selepas itu, balutkan ayam menggunakan kertas foil. Panggangkan ayam bersama bahan-bahan perencah sehingga masak.

Selamat mencuba.

0 Response to "Resipi Ayam Panggang Berempah"

Post a Comment