Resipi Labu Masak Lemak Cili Api

Resipi Labu Masak Lemak Cili Api Yang Mudah dan Sedap. Bagaimana mahu menyediakan labu masak cili api untuk santapan seisi keluarga? Ikuti resipi dan cara menyediakan labu masak cili api dibawah :

Labu Masak Lemak Cili Api Yang Berlemak
Labu Masak Lemak Cili Api

Bahan-bahan Labu Masak Lemak Cili Api


  1. Setengah biji labu yang telah dipotong lapan
  2. Sebiji kelapa (ambil pati sahaja dalam empat per lima cawan)
  3. Lima belas biji cili api
  4. Segenggam ikan bilis
  5. Satu sudu makan lada hitam yang telah di tumbuk ( jangan terlalu hancur)
  6. Satu sudu kecil serbuk kunyit
  7. Sebatang serai
  8. Sehelai daun kunyit 
  9. Secukup rasa garam

Cara Menyediakan Labu Masak Lemak Yang Sedap

1. Kupas labu yang telah disediakan, potong  kepada lapan bahagian dan basuh agar bersih.
2. Kisar cili api bersama sedikit air. Tumbuk kasar ikan bilis dan lada hitam yang telah disediakan.
3. Masukkan cili api yg telah dikisar, ikan bilis dan lada hitam yang telah ditumbuk kasar sebentar tadi bersama santan, serai, daun kunyit dan serbuk kunyit ke dalam periuk. Kacau perlahan-lahan,sehingga ianya mendidih.
4. Apabila sudah mendidih masukkan labu yang telah dipotong dan dibersihkan bersama garam secukup rasa agar tidak terlalu masin.

Akhir sekali, tunggu sehingga labu masak sambil kacaukannya secara perlahan-lahan. Selamat mencuba semua.

0 Response to "Resipi Labu Masak Lemak Cili Api"

Post a Comment