Resipi Ayam Kicap Madu Yang Mudah Dan Sedap. Bagaimana cara membuat ayam madu yang sedap dan mudah ? Sila ikuti tutorial langkah-langkah membuat ayam madu yang sedap dibawah :
Cara Masak Ayam Madu |
Bahan Yang Diperlukan Untuk Membuat Ayam Madu
- Lima ketul ayam
- Tiga sudu makan kicap pekat
- Tiga sudu makan sos tiram
- Sesudu makan kicap masin
- Tiga sudu makan madu
- Sedikit minyak
Cara Menyediakan Ayam Madu Dengan Mudah dan Enak
1. Potong ayam yang disediakan. ( Kalau nak sederhana, potong sederhana.Ikut anda )
2. Kemudian bersihkan ayam tersebut dan masukkan sos tiram, kicap pekat, serta kicap masin. Gaul bahan-bahan tersebut sehingga rata.
3. Selepas itu, isikan minyak masak dalam kuali dan panaskan menggunakan api yang sederhana atau kecil. Bila minyak sudah panas, sila masukkan ayam dan jangan lupa untuk tutup kuali yang digunakan sehingga ayam tersebut nampak seperti sudah masak.
4. Keempat, kuatkan api dapur agar air dalam kuali menjadi sedikit kering.
5. Bila sudah agak kering, bolehlah anda masukkan madu yang telah disediakan tadi dan gaulkannya sehingga rata,
6. Akhir, sila gaul hingga air dalam kuali yang digunakan benar-benar kering.
Ok, sekarang sudah boleh dihidangkan untuk dimakan. Semoga perkongsian ini mampu membantu anda ataupun memberi manfaat kepada anda. Jangan lupa untuk sebarkan dan selamat mencuba. Salam.
0 Response to "Resipi Ayam Kicap Madu Yang Mudah Dan Sedap"
Post a Comment