Resipi Kari Ikan Bawal Yang Mudah dan Sedap

Resipi Kari Ikan Bawal Yang Mudah dan Sedap.  Dikongsikan bahan-bahan yang diperlukan dan cara-cara untuk menyediakan lauk kari ikan bawal.

Kari Ikan Bawal Resipi
Kari Ikan Bawal



Bahan Membuat Kari Ikan Bawal :


  1. Seekor ikan bawal ( Kalau saiznya agak besar boleh dipotong dua)
  2. Empat ulas bawang merah yang telah ditumbuk atau dikisar
  3. Seulas bawang putih  yang telah dikisarkan atau ditumbuk
  4. Satu cm halia yang telah dikisarkan atau ditumbuk
  5. Satu paket serbuk kari ( jadikannya dalam bentuk pes )
  6. Tiga asam keping
  7. Secawan santan pekat.
  8. Cili Merah
  9. Bendi
  10. Tomato
  11. Garam
  12. Gula
  13. Air
  14. Minyak


Cara Masak Kari Ikan Bawal Yang Enak dan Mudah :

1. Sila panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang telah  dikisarkan tadi sehingga garing, kemudian masukkan serbuk kari yang telah disediakan.Tumiskannya hingga pecah minyak.
2. Selepas itu, masukkan ikan yang telah digaul sebati dengan rempah. Masukkan sedikit air dan  kacau seketika.
3. Masukkan asam keping, santan pekat, garam dan gula. Sila, kacau sekali sekala sehingga kari mendidih.
4. Akhir sekali, masukkan tomato, bendi, serta cili merah. Agak-agak bahan yang akhir ni dah masak, sila rasa dan kalau sedap sudah boleh untuk tutup api dapur..

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda dalam menyediakan juadah untuk makan bersama ahli keluarga yang tercinta. Sekian, selamat mencuba.

0 Response to "Resipi Kari Ikan Bawal Yang Mudah dan Sedap"

Post a Comment