Cara Mudah Cegah Semut Naik Atas Meja Makan

Cara Mudah Cegah Semut Naik Atas Meja Makan.  Bagaimana cara untuk mencegah semut yang suka naik ke meja makan rumah anda? Ikuti panduan untuk elakkan semut naik ke atas meja dengan mudah dan berkesan :

Tips Mudah Elak Semut Naik Atas Meja
Cara Berkesan Cegah Semut Meja


Cara Elakkan Semut Naik Ke Atas Meja Makan

Bini kerap bising kerana semut selalu sahaja naik atas meja makan. Buka tudung saji, lihat semut tengah buat kenduri hari raya. Terus hilang mood nak makan, kemudian ajak kita makan dekat luar. Selalu makan kat luar tak elok juga, poket nanti demam, bila poket dah demam, berjangkit pula ke tubuh badan jadi tak sihat.

Tips Cegah Semut Naik Atas Meja Makan Dengan Berkesan

Memang Tuhan cipta orang lelaki ini tak boleh dengar masalah, mesti otak berputar mencari cara nak selesaikannya. Sekarang aku nak kongsikan sedikit tips bagi menyelesaikan masalah semut selalu naik atas meja makan.

1. Pertama cari stokin yang lu sendiri dah menyampah nak pakai. Atau kau dah jadi pengikut tegar Wak Doyok yang memang tak pakai stokin lagi senang, ambik sahaja mana stokin kau suka.

2. Kemudian potong kepada empat bahagian. Lebar lebih kurang dalam dua inchi. Jika kaki meja kau 6, potong 6 lah.

3. Sarungkan stokin yang telah siap dipotong pada kaki meja, kemudian spray perfume. Terserahlah jenama apa yang isteri kau suka, Baygon pun boleh, Ridsect pun boleh juga. Jangan guna Versace sudah lah.

Untuk kesan yang lebih efektif, sembur terus keliling. Sekarang bukan setakat semut, lipas, malah cicak pun dah malas nak panjat meja makan rumah anda. Selamat mencuba. Sebelum terlupa, jangan lupa kongsikan tentang petua ini kepada yang lain juga. Terima kasih.

0 Response to "Cara Mudah Cegah Semut Naik Atas Meja Makan"

Post a Comment