Drama Si Kolot Suamiku Episod Full Online

Drama Si Kolot Suamiku Episod Full Online. Tonton dan download drama adaptasi novel Si Kolot Suamiku karya Fazlyn Ridz siaran Astro Ria. Lakonan Amar Baharin dan Elizad Sharifudin.

Drama Si Kolot Suamiku Download Online
Si Kolot Suamiku

Drama Si Kolot Suamiku Episode Full Astro

Sinopsis novel Si Kolot SuamikuSi Edrina memang seorang yang berlagak. Bukan sahaja berlagak, tapi cerewet pun dia. Kerana dia dibesarkan di Kuala Lumpur, maka suasana kampung memang tidak ngam dengan jiwa bandarnya. Kepada lelaki yang bernama Kudin, dia memandang rendah dan jelak.

Lelaki bernama Kudin ini pula berbeza sikapnya. Beliau hanyalah seorang lelaki kampung yang hidup berbakti kepada tanah dalam mencari rezeki. Kudin suka hidup berdikari serta lebih gemar hidup sederhana dalam segala aspek. Hidup di kota besar tidak pernah menjadi impiannya, bahkan wanita seperti Edrina tidak pernah tersenarai sebagai calon bakal isterinya. Tidak serasi.

Bak pepatah lama, ikan di laut, asam di darat akhirnya di kuali bersatu juga. Begitu jugalah dengan mereka. Perkahwinan atas rancangan keluarga membuatkan hidup mereka berdua sesak. Konflik bertambah parah apabila Edrina tidak mahu terus menetap di kampung, manakala Kudin pula enggan berpindah serta bernafas di kota besar.

Jadi bagaimana kesudahannya? Siapa yang akan mengalah? Benarkah Kudin itu seorang lelaki kolot yang menjengkelkan? Dan selama mana Edrina mampu mempertahankan ego serta mengelak hatinya jatuh kepada lelaki seperti Kudin?

0 Response to "Drama Si Kolot Suamiku Episod Full Online"

Post a Comment