Resepi Kaswi Pandan Lemak Yang Mudah Dan Sedap. Apakah bahan dan bagaimana cara untuk menyediakan kuih kaswi pandan lemak secara homemade? Ikuti tutorial berikut :
Resepi Kaswi Pandan Lemak |
Resipi Kuih Kaswi Pandan Lemak Yang Best Dan Senang
Bahan-bahan :
1. Secawan tepung gandum
2. Secawan tepung ubi kayu
3. Secawan santan
4. Satu setengah cawan air daun pandan(3 helai)
5. Tiga per empat cawan gula pasir
6. Setenagah sudu teh air kapur
7. Setengah sudu teh garam
8. Sebiji telur
9. Pewarna hijau
10. Kelapa parut (putih sahaja) yang dicampur secubit garam-Kukus sekejap agar kelapa tahan lama
Cara Buat Kueh Kaswi Pandan Lemak Yang Mudah
1. Satukan kesemua bahan,kacau sampai sebati serta tidak berketul.
2. Tapis
3. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu minyak.
4. Kukus selama tiga puluh minit
5. Sejukkan.
6. Potong dan golekkan ke dalam kelapa parut yang telah disediakan.
Semoga perkongsian tentang resepi mudah kuih kaswi pandan lemak diatas dapat memberi anda sedikit manfaat. Jangan lupa kongsikannya dengan yang lain. Terima kasih.
0 Response to "Resepi Kaswi Pandan Lemak Yang Mudah Dan Sedap"
Post a Comment