Ikan Paus Raksasa Muncul Di Tengah Lautan. Seorang nelayan Australia yang sedang memancing di laut Bunbury, selatan Perth negara tersebut terkejut apabila menjumpai satu objek seperti belon raksasa yang mengembang di tengah lautan berkenaan.
Ikan Paus Raksasa |
Nelayan Jumpa Ikan Paus Raksasa Di Lautan Australia
Menurut laporan The West Australia, objek tersebut telah ditemui oleh Mark Watkins dan ayahnya, yang pada mulanya mereka menyangka bahawa objek tersebut adalah belon udara panas yang terhempas dilaut itu.
Selepas diteliti dengan lebih dekat, mereka menyedari bahawa objek itu merupakan bangkai seekor paus yang sudah mulai menggembung.
"Perutnya sudah dipenuhi gas sehingga menggembung dengan begitu besar sekali.
"Ketika saya dan ayah mendekatinya, saya menyedari bahawa objek tersebut adalah bangkai paus kerana baunya," kata Watkins.
Berdasarkan kelaziman paus akan menyeberangi lautan tenggara Australia untuk tujuan migrasi, iaitu bermula pada bulan Jun sehingga Ogos setiap tahun.
Sumber : Sinar Harian
0 Response to "Ikan Paus Raksasa Muncul Di Tengah Lautan"
Post a Comment