Ketum Dapat Permintaan Tinggi Dari Farmasi Luar Negara

Ketum Dapat Permintaan Tinggi Dari Farmasi Luar Negara. RISDA akan mendapatkan kebenaran daripada pihak kerajaan bagi menanam pokok ketum ekoran mendapat permintaan tinggi daripada syarikat farmasi di luar negara.

Kelebihan Daun Ketum Kepada Manusia
Pokok Ketum


Daun Ketum Banyak Permintaan Dari Farmasi Luar Negara

Datuk Zahidi Zainul Abidin, Pengerusi RISDA, berkata, pihaknya akan membuat permohonan rasmi bagi mendapatkan kelulusan tersebut untuk tujuan eskport sahaja.

Menurutnya, daun ketum mempunyai banyak permintaan dari Amerika Syarikat serta Eropah disebabkan tanah di Malaysia lebih sesuai bagi tanaman ketum.

Kelebihan Kebaikan Daun Ketum Kepada Perubatan

Tambahnya, di luar negara, daun ketum didakwa mempunyai nilai perubatan yang tinggi, terutama semasa musim sejuk. 

Namun, buat masa ini kita tidak boleh untuk memenuhi permintaan mereka akibat daun ketum merupakan salah satu perkara yang menyalahi undang-undang negara ini.

"Kalau ia dapat memberi hasil kepada pekebun, tidak salah kerajaan memberi kelulusan dengan syarat bagi tujuan eksport sahaja,

sumber  Harian Metro

0 Response to "Ketum Dapat Permintaan Tinggi Dari Farmasi Luar Negara"

Post a Comment