Maksud Kod Pada Kad Pesara Kerajaan. Dibawah merupakan maksud kod-kod bagi jenis perkhidmatan seperti yang tertera pada Kad Pesara Kerajaan Malaysia.
Kad Pesara Kerajaan |
Makna Kod Di Kad Pesara Kerajaan
Bahagian Satu :
AP : Pesara Awam Persekutuan
AN: Pesara Awam Negeri
AB: Pesara Awam Badan Berkanun
AK: Pesara Awam Kuasa Tempatan
AX: Pesara Awam Kesihatan Persekutuan
AY: Pesara Awam Kesihatan Badan Berkanun
AZ: Pesara Kesihatan Tentera
AT: Pesara Angkatan Tentera
AS: Pesara Polis
Bahagian Dua :
Balu/Duda (Penerima Pencen Terbitan - setelah kematian pesara)
BP : Pasangan Pesara Awam Persekutuan
BN: Pasangan Pesara Awam Negeri
BB: Pasangan Pesara Awam Badan Berkanun
BK: Pasangan Pesara Awam Kuasa Tempatan
BX: Pasangan Pesara Awam Kesihatan Persekutuan
BY: Pasangan Pesara Awam Kesihatan Badan Berkanun
BZ: Pasangan Pesara Kesihatan Tentera
BT: Pasangan Pesara Angkatan Tentera
BS: Pasangan Pesara Polis
Nota Kaki :
1. Kad atas kiri atas adalah contoh kad penerima pencen terbitan disebabkan kematian anggota awam atau pesaraan
2. Nama isteri yang telah meninggal dunia akan dikeluarkan daripada Kad Pesara seperti Kad atas kanan (pesara masih hidup)
3. Hanya nama pasangan yang dikahwini semasa masih dalam perkhidmatan sahaja yang akan tertera pada Kad Pesara (pesara dan pasangan masih hidup)
Kelayakan Wad Bagi Pesara Kerajaan
(Selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2010)
Pengurusan Tertinggi (JUSA ke atas) : Kelas 1A (bilik Seorang)
Gred 45-54 : Kelas 1A (bilik seorang)
Gred 31 - 44 : Kelas 1B (Bilik Berdua)
Gred 21 - 30 : Kelas 1C (Bilik Bertiga)
Gred 1-20 : Kelas 2 (bilik berempat)
Sekian dimaklumkan dan terima kasih
0 Response to "Maksud Kod Pada Kad Pesara Kerajaan"
Post a Comment