Kesalahan yang sering dilakukan ketika menghantar resume kerja. Dibawah merupakan kesalahan-kesalahan yang biasa dilakukan oleh pemohon pekerjaan dalam menghantar dokumen pengenalan diri atau resume ketika membuat permohonan kerja.
8 Kesalahan Yang Biasa Dilakukan Semasa Menghantar CV/Resume :
- Tidak membaca syarat-syarat dan kelayakan pekerjaan secara teliti sebelum menghantar dokumen pengenalan diri atau resume, dalam kata ingin mencuba nasib.
- Tiada sijil lain yang disertakan bersama. Ini adalah bertujuan sebagai bukti kepada pihak majikan.
- Tiada expected salary and availability/notice period. Ini adalah penting untuk pihak pengurusan untuk memproses permohonan anda secepat mungkin.
- Tiada nombor telefon dan email pada dokumen pengenalan diri atau resume anda.
- Tidak menghantar resume dalam bentuk word version.
- Tidak menyertakan gambar terkini.
- Pengalaman kerja yang tidak lengkap serta tidak menyatakan jawatan yang telah disandang sebelum ini.
- Tidak menyatakan jawatan yang ingin di pohon pada Subject Email. Ingat!!Jangan sesekali menggunakan Subject Email seperti "Sebarang Jawatan Yang Ada'' atau "any position available".
Jika ada dikalangan anda
menghantar cv/resume yang tidak menepati syarat di-atas, Harap maklum dokumen pengenalan diri atau resume anda berkemungkinan besar akan di tolak.Sekian.
Diharap dapat membantu.
Diharap dapat membantu.
Sering Lakukan Kesalahan |
0 Response to "Kesalahan Yang Sering Dilakukan Ketika Menghantar Resume Kerja"
Post a Comment