Tips Memancing Udang Galah Sepit Biru

Dibawah terdapat beberapa Tips Memancing Udang Galah Sepit Biru untuk dikongsikan bersama.Semoga ianya bermanfaat kepada mana-mana individu yang ingin memancing udang galah di sungai, kolam atau lain-lain tempat.


Lubuk Udang Galah

Sebelum hendak memancing udang, kita mesti tahu habiat ataupun 'tempat tinggal' udang. Udang galah biasanya hidup berhampiran dengan sampah sarap dan air yang berarus kerana terdapat banyak makanan di kawasan tersebut. Namun terdapat juga  sestengah orang mengatakan jika ada buaya di sesuatu kawasan maka disitulah juga terdapat udang galah.

Tabiat Udang

Kita mesti tahu tabiat udang galah. Mengikut kajian, udang galah suka hidup secara berkumpulan. Jadi, jika dah melabuhkan selama beberapa jam kat satu-satu tempat, tapi tidak mendapat hasil…maka, eloklah beredar tempat atau port yang lain. Kebiasaannya udang galah sangat aktif mencari makanan selepas hari hujan dan panas terik selama seminggu.

Jenis Joran

Joran merupakan salah satu faktor kejayaan untuk pancing udang galah. Joran yang digunakan tidak perlu sepanjang 5 hingga 6 kaki. Namun, gunakan joran sepanjang 1 hingga 1.1 meter. Yang utama, kita kena pastikan hujung joran yang digunakan tersebut halus untuk kemudahan mengesan tarikan udang pada umpan.

Tali Utama

Salah satu perkara lagi yang penting sebelum memancing udang galah adalah jenis tali yang akan digunakan. Jangan gunakan tali “appolo” pulak..sah-sah tak kan dapat udang galah. Kalau boleh gunakan tali yang berdiameter halus supaya dapat merasai kenikmatan memancing udang galah. Ianya hanya memerlukan tali yang berukuran 10-15 paun sahaja.

Mata Kail

Terdapat dua jenis mata kail iaitu berduri pandan dan tidak berduri. Jika mahu memancing udang galah di sungai, disarankan untuk guna mata kail berduri yang bersaiz 1/0, 1 atau 2. Jadi, pandai-pandailah buat pilihan mengikut kesesuaian.

Batu Ladung

Penggunaan batu ladung sangat penting untuk memancing udang galah. Kebiasaannya, udang galah hidup di tempat yang berarus. Jika lubuk yang tenang, ianya hanya memerlukan saiz batu ladung 2,3 atau 4. Jika tempat yang berarus pula, batu ladung yang bersaiz 5 hingga 8 adalah amat disarankan.

Umpan

Kebanyakan pemancing udang galah gemar menggunakan umpan perumpun kerana dikhabarkan sangat efektif. Selain itu, umpan cacing, anak udang dan hati ayam yang dihiris kecil juga boleh digunakan bagi mendapatkan udang galah.

Itulah sedikit tips yang boleh diamalkan untuk memancing udang galah.

Cara Memancing Udang Galah Sepit Biru
Cara Memancing Udang Galah di Sungai


0 Response to "Tips Memancing Udang Galah Sepit Biru"

Post a Comment