Cara Menyemak Kesahihan Doktor Perubatan dan Pakar Perubatan

Panduan dan Cara Menyemak kesahihan doktor perubatan dan pakar perubatan. Bagaimana mahu mengetahui kelayakan seseorang doktor perubatan dan pakar perubatan yang anda bakal bertemu atau sudah temui?

Cara Semak Sijil Kelayakan dan Amalan Doktor Pakar
Tutorial Cara Semak Sijil Kelayakan dan Amalan Doktor

Cara Menyemak Sijil Amalan dan Kelayakan Doktor Perubatan

Bagi menyemak sama ada seseorang itu doktor perubatan atau tidak, dan masih memiliki sijil amalan untuk tahun semasa:

1. Sila Kunjungi laman www.mmc.gov.my
2. Klik pada 'Medical Register'
3. Taipkan nama doktor yg dikehendaki misalnya ' Kumalasari '
4. Selepas itu, Keputusan carian akan dipaparkan di bawah.
5. Kalau keputusan hasil carian banyak. Sila klik pada nama spesifik yang ingin anda dicari.
6. Carian akan menunjukkan nombor pendaftaran, tempat mengamal dan sebagainya.

Cara Membuat Semakan Kesahihan Doktor Pakar ( Specialist )

Bagi menyemak seseorang itu pegawai perubatan pakar (specialist):

1. Sila Kunjungi laman www.nsr.org.my
2. Klik pada 'Specialist search'
3. Anda akan dibawa ke laman baru. Sila isi pada ruangan nama untuk menyemak nama doktor pakar yang dikehendaki.
4. Kalau ada, carian anda akan menyenaraikan perkara seperti nombor daftar pakar, nama dan melayakkan pakar.

Diharap perkongsian diatas dapat membantu anda, jika anda merasakan maklumat diatas turut berguna kepada mereka yang lain, bantu kami sebarkannya dengan klik pada simbol g+1 dibawah. Sekian.

0 Response to "Cara Menyemak Kesahihan Doktor Perubatan dan Pakar Perubatan"

Post a Comment