Melayu Nakal Anak Dato Jutawan Malaysia. Peringatan, untuk semua golongan dewasa termasuk kepada kanak-kanak yang masih tidak bersunat ataupun baru sahaja bersunat.
Melayu Nakal Anak Datuk |
Melayu Nakal Anak Orang Kaya
Kisah seorang dato yang sedang sakit menunggu ajal menjemput. Dalam keadaan menahan kesakitan, beliau telah menyuruh anak-anaknya yang tercinta untuk berkumpul. Lalu, beliau berkata kepada mereka, "Anak-anak ayah, bila ayah sudah tidak ada nanti, ada permintaan ayah kepada kamu semua. Tolong pakaikan ayah dengan stokin kesayangan ayah, walaupun stokin itu sudah koyak, ayah sangat teringin memakainya kerana banyak kenangan ayah bersama stokin tersebut, mohon stokin tersebut dipakai bila ayah hendak dikafankan nanti."
Akhirnya dato yang juga merupakan seorang jutawan pergi buat selama-lamanya. Tiba saat mengurus jenazah serta mengkafankan, anak-anaknya terus meminta agar imam yang mengendalikan urusan arwah bapanya untuk memakaikan stokin yang telah koyak tersebut seperti permintaan terakhir arwah ayahnya. Namun, dengan lembut tuan imam telah menolak permohonan tersebut, "Maaf secara syariat hanya dua lembar kain putih saja yang boleh dipakaikan kepada mayat."
Jesteru, telah berlaku pertikaian dan perbalahan diantara anak-anak jutawan yang ingin memakaikan stokin kesayangan arwah ayahnya dan tuan imam serta beberapa orang ustaz lagi yang berada di sisi jenazah yang melarangnya. Kerana tidak ada titik temu dipanggilah penasihat keluarga yang juga seorang peguam. Peguam tersebut berkata, "Sebelum meninggal dunia, arwah ayah kamu ada meninggalkan surat wasiat, marilah kita bacalah bersama mana."
Maka dibukalah surat wasiat jutawan tadi buat anak-anaknya yang diwasiatkan kepada peguam tersebut.
Pada surat wasiat tersebut tertulis, "Wahai anak-anak kesayangan ayah, pasti sekarang kamu semua sedang berkelahi kerana tidak dibenarkan memakaikan stokin koyak kepada jenazah ayah. Lihatlah anak anak ku, walaupun harta ayah banyak, duit berlimpah ruah dengan kereta mewah, tanah, rumah dan ladang yang banyak namun semua itu tiada ertinya ketika ayah sudah meninggal. Stokin koyak pun tidak boleh dibawa ke liang lahad. Begitu tidak berertinya dunia buat ayah ketika ini, kecuali amal ibadah, sedekah dan doa-doa daripada anak-anak ayah semuanya. Anak-anak ayah, inilah yang ingin ayah sampaikan agar kamu semua tidak tertipu lagi dengan dunia. Salam sayang dari ayah yang ingin melihat kamu semua menjadikan dunia sebagai jalan menuju Allah.".
Mohon bantu kami sebarkan Kisah Jutawan dan Stokin Koyak dengan klik pada simbol g+1 atau kongsikan di mana-mana laman sosial milik anda. Kerjasama anda adalah dihargai.
Mohon bantu kami sebarkan Kisah Jutawan dan Stokin Koyak dengan klik pada simbol g+1 atau kongsikan di mana-mana laman sosial milik anda. Kerjasama anda adalah dihargai.
sumber: fb
0 Response to "Melayu Nakal Kereta Mewah Anak Datuk"
Post a Comment