Resepi Ayam Black Pepper Yang Mudah Dan Sedap

Resepi Ayam Black Pepper Yang Mudah Dan Sedap. Anda ingin menghidangkan masakan ayam black pepper yang enak dan senang untuk ahli keluarga ataupun para tetamu yang bertandang ke rumah tapi tidak tahu bagaimana untuk menyediakannya? Ikuti perkongsian tentang panduan masak ayam black pepper ala master chef hotel dibawah :

Ayam Black Pepper Resepi
Ayam Black Pepper



Bahan Untuk Sediakan Lauk Ayam Black Pepper

  1. Lima ketul ayam
  2. Minyak masak
  3. Enam ulas bawang merah yang telah ditumbuk atau kisar
  4. Dua ulas bawang putih  yang sudah dikisar atau tumbuk
  5. Satu inci halia yang telah dihiris
  6. Sesudu kecil lada hitam
  7. Dua sudu besar sos tiram
  8. Empat sudu besar kicap manis
  9. Setengah cawan air
  10. Sesudu kecil tepung jagung
  11. Garam dan gula secukup rasa
  12. Cili padi ( kalau suka )



Bahan Untuk Perap Ayam Black Paper
  1. Dua sudu besar sos tiram
  2. Dua sudu besar kicap manis
  3. Satu sudu kecil lada hitam


Cara Masak Ayam Black Paper Yang Lazat dan Senang

1. Sila, perapkan  ayam yang disediakan tadi dalam tempoh kira-kira 30 minit. 

2. Kemudian goreng atau panggang sampai masak.

3. Selepas itu, tumis bawang putih, bawang merah,  lada hitam dan halia dalam kuali sampai naik bau.

4. Keempat, masukkan ayam dan gaul hingga sekata.

5. Ambil dan masukkan gula dan garam secukup rasa.

Kini, juadah ayam masak black pepper homemade anda sudah siap untuk dijamu bersama keluarga, saudara mara, sahabat handai dan tetamu yang datang ke rumah. Semoga resipi ayam black pepper ini dapat membantu dan memberi sedikit manfaat kepada pembaca. Selamat mencuba.

0 Response to "Resepi Ayam Black Pepper Yang Mudah Dan Sedap"

Post a Comment