Kerajaan Lulus Hantar 1.5 Juta Pekerja Bangladesh Ke Malaysia

Kerajaan Lulus Hantar 1.5 Juta Pekerja Bangladesh Ke Malaysia. KUALA LUMPUR 9 Feb. - Kerajaan meluluskan draf perjanjian persefahaman (MoU) berhubung penghantaran sebanyak 1.5 juta rakyatnya untuk bekerja di Malaysia.

Pekerja Bangladesh Akan Bekerja Di Malaysia
Pekerja Bangladesh

Pekerja Bangladesh Bakal Tampung Sektor Pekerjaan Di Malaysia

Mohammad Shafiul Alam, Setiausaha Kabinet Bangladesh berkata, keputusan tersebut dicapai dalam mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina kelmarin.

Tambah beliau, penghantaran pekerja warganegara Bangladesh akan dibuat melalui langkah baharu iaitu melalui sistem G2G Plus.

“Malaysia sudah menyenaraikan Bangladesh sebagai negara sumber bagi mendapatkan tenaga kerja dan bagi kami, perkara ini adalah satu kejayaan besar.

“Sekarang, warga Bangladesh boleh bekerja dalam sektor pembuatan, perkhidmatan, dan pembinaan. Sebelum ini warga Bangladesh hanya dibenarkan bekerja dalam sektor perladangan,” lapor portal berita Bangladesh

Pada 25 Jun lepas, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri berkata, sebanyak 1.5 juta pekerja dari Bangladesh akan dibawa ke Malaysia secara berperingkat dalam tempoh 3 tahun bagi memenuhi permintaan majikan daripada pelbagai bidang.

Tambah Mohammad, jika MoU itu dimeterai, semua majikan hendaklah menanggung perbelanjaan antara 34,000 taka (RM1,808) hingga 37,000 taka (RM1,968) untuk setiap pekerja Bangladesh yang ingin dibawa masuk ke Malaysia.

Sumber : http://www.utusan.com.my/berita/nasional/bangladesh-lulus-mou-hantar-1-5-juta-pekerja-ke-malaysia-1.188657

0 Response to "Kerajaan Lulus Hantar 1.5 Juta Pekerja Bangladesh Ke Malaysia"

Post a Comment