Ubat Demam Denggi Yang Berkesan Dan Menjadi

Ubat Demam Denggi Yang Berkesan Dan Menjadi.  Salam semua, saya ingin kongsikan sedikit tips bagi mengubati demam denggi dengan berkesan. Saya dapatkan penawar demam denggi melalui perkongsian daripada laman-laman sosial yang dikongsikan oleh mangsa atau pesakit yang pernah terkena demam denggi.

Ubat Denggi Yang Mujarab
Ubat Demam Denggi


Cara Rawat Demam Denggi Dengan Air 100 Plus

1) Pasti semua kenal dengan air isotonik 100 plus kerana banyak terjual dikedai-kedai berhampiran rumah sahaja. Beli air tersebut dan minum sebanyak mungkin bagi meningkatkan tenaga dan antibodi badan yang lemah disebabkan demam denggi.

Cara Ubat Demam Denggi Dengan Ketam Nipah

2) Petua ubati sakit demam denggi yang kedua adalah menggunakan ketam nipah. Ketam nipah biasa di jual  di pasar-pasar basah. Ketam nipah boleh dijadikan sup untuk diminum oleh pesakit yang demam denggi. Jika tiada dipasar basah berhampiran kediaman rumah anda, mungkin anda boleh bertanyakan kawan-kawan atau jiran tetangga tentang siapa yang jual ketam nipah. Ketam nipah dikhabarkan sangat mujarab dalam menjadi penawar kepada demam denggi.

Cara Rawat Demam Denggi Guna Bayam Paksi

3) Selain itu, Bayam paksi turut dikhabarkan bukan sahaja mampu menjadi ubat yang mujarab demam denggi malahan pelbagai lagi masalah kesihatan. Caranya adalah dengan membuat jus atau minum air rebusan bayam paksi.

Petua Pulih Demam Denggi Pakai Pucuk Daun Betik

4) Keempat, tips untuk rawat demam denggi adalah dengan pucuk daun betik. Rebus atau jadikannya jus dan berikan kepada pesakit demam denggi. Untuk maklumat lanjut tentang daun betik, boleh rujuk ke sini .

Jambu Batu Merah Muda Dapat Rawat Denggi

5) Yang kelima bagi merawat denggi adalah menggunakan jambu batu merah muda. Kaedahnya adalah dengan makan begitu sahaja atau dibuat jus. Jika anda mahu yang lebih mudah, dapatkan sahaja jus yang sudah siap diproses dan dikotakkan di kedai atau pasaraya berhampiran rumah anda. Jus jambu batu merah muda turut dikhabarkan mampu merawat penyakit lain yang dihadapi oleh manusia.

Itulah sahaja koleksi ubat yang mampu memulihkan sakit demam denggi. Diharapkan perkongsian ini mampu membantu dan memberi manfaat kepada anda. Jangan lupa bantu kami sebarkan kepada yang lain dengan klik pada simbol g+1 atau kongsikan dilaman-laman sosial milik anda. Terima kasih.

0 Response to "Ubat Demam Denggi Yang Berkesan Dan Menjadi"

Post a Comment