Ular Paling Berbisa Di Dunia Dijumpai Di Malaysia

Ular Paling Berbisa Di Dunia Dijumpai Di Malaysia. Gempar apabila seorang penduduk yang berasal dari semenanjung Malaysia telah menemui seekor ular yang berbahaya dan paling berbisa menurut Nat Geo Wild.

Ular King Cobra Yang Besar


Ular Spesis Baru dan Berbahaya Di Malaysia

Minggu lepas, Nat Geo Wild, telah mengumumkan bahawa ular yang paling berbisa dan sangat berbahaya baru sahaja ditemui. Saintis menyatakan bahawa ular yang dijumpai merupakan spesis baru yang terhasil daripada revolusi keluarga reptilia tersebut. 

Menurutnya lagi, ular tersebut mampu bertambah sehingga 0.5 cm panjang setiap kali ia makan dengan sekali suapan pada setiap 30 saat atau kurang. Ular berbisa ini juga dikhabarkan tidak boleh dicederakan atau dibunuh menggunakan sebarang senjata namun hanya akan mati apabila ia menggigit salah satu anggota badan yang ada pada dirinya sendiri.

Selain itu, Pusat Nat Geo Wild turut mendakwa bahawa hanya terdapat satu cara ular tersebut boleh dibunuh tetapi kajian masih diteruskan untuk mencari cara-cara baru ular ini boleh dibunuh. Ini adalah ular yang paling beracun dan dahsyat pernah direkodkan dalam sejarah manusia.

Ular ini hanya boleh didapati dalam Nokia 3310 telefon mudah alih di dalam pilihan permainan , ular Xenzia . Terima kasih kerana berhati-hati dan sabar membaca pasal ular paling merbahaya di dunia ini.

0 Response to "Ular Paling Berbisa Di Dunia Dijumpai Di Malaysia"

Post a Comment