Guru Tolong Suapkan Nasi Kepada Murid Calon UPSR

Guru Tolong Suapkan Nasi Kepada Murid Calon UPSR. Jika guru rotan murid, satu Malaysia akan heboh atau viral. Jom kita, hebohkan pula tentang kasih seorang cikgu ni.

Cikgu Guru Tolong Suapkan Nasi
Guru Tolong Suapkan Nasi Kepada Anak Murid


Cikgu Suapkan Nasi Ke Mulut Pelajar Calon UPSR

Mungkin cikgu itu pernah hilang kesabarannya. Mungkin guru itu pernah mendenda pelajarnya. Mungkin juga guru yang sama pernah bercekak pinggang melihat perangai nakal pelajarnya. Namun semuanya kerana cinta. Cinta yang amat agar anak didiknya mampu menjadi manusia. Cikgu, terima kasih atas segala kasih dan jasa.

Sebak saya lihat gambar ini. Terpancar kasih persis seorang ibu kepada anaknya. Pelajar tersebut pasti tidak akan lupa guru ini sampai bila-bila. Pasti.


Sumber : Fb

0 Response to "Guru Tolong Suapkan Nasi Kepada Murid Calon UPSR"

Post a Comment