Samsung Galaxy Note7 Meletup Semua Pembeli Ditawarkan Telefon Baru

Samsung Galaxy Note7 Meletup Semua Pembeli Ditawarkan Model Baru. Korea, Syarikat pengeluar telefon pintar jenama Samsung hari ini, menggantung semua jualan model terbaharu telefon pintar keluaran syarikatnya iaitu Galaxy Note 7, akibat masalah bateri telefon berkenaan meletup.


Samsung Galaxy Note7 Masalah Bateri
Samsung Galaxy Note7


Samsung Galaxy Note 7 Bahaya Masalah Bateri Meletup

Koh Dong-Jin, Presiden Mobile Buissness Samsung Electronics, menyatakan Samsung menawarkan telefon model baru kepada mereka yang sudah membeli Note 7 sejak mula dilancarkan pada 19 Ogos lalu.

"Pihak kami telah menerima beberapa laporan tentang bateri Galaxy Note Seven meletup. Kejadian tersebut juga sudah disahkan berpunca daripada masalah bateri,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Tambahnya, sejak dilancarkan, lebih sejuta unit Samsung Note 7 sudah terjual di seluruh dunia serta Samsung mengesahkan bahawa telah menerima dua puluh empat laporan kejadian bateri telefon berkenaan bermasalah.

Sejak bulan lalu, pengguna menyiarkan gambar sserta video di media sosial menunjukkan Note 7 yang hangus dengan skrin sentuh 5.7 inci mempunyai kesan terbakar dan cair.

Ekoran masalah bateri tersebut ianya telah menyebabkan Samsung terpaksa menangguhkan penghantaran Samsung Note 7 ke pasaran Eropah, termasuk Perancisjesteru menjejaskan jualan dalam negara.

Sumber : HM

0 Response to "Samsung Galaxy Note7 Meletup Semua Pembeli Ditawarkan Telefon Baru"

Post a Comment