Resepi Crunchy Chicken Nugget Yang Sedap Dan Mudah

Resepi Crunchy Chicken Nugget Yang Sedap Dan Mudah. Apakah bahan dan bagaimana cara untuk menyediakan Crunchy Chicken Naget yang best dan senang ? Ikuti perkongsian tentang resipi Crunchy Chicken Nugget berikut :

Resepi Crunchy Chicken Nugget Recipe
Resepi Crunchy Chicken Nugget

Crunchy Chicken Nugget Resepi Mudah Dan Sedap

Bahan Untuk Buat Crunchy Chicken Nugget Sendiri

1. Tiga biji kentang
2. Isi ayam atau dada ayam sebelah
3. Tepung gandum -agak2 dlm 2 atau 3 sudu besar
4. Sebatang loka yang telah di sagat
5. Daun sup yang dicincang halus
6. Sedikit garam, lada sulah, gula serta serbuk lada hitam
7. Sebiji telur ayam
8. Bread crumbs secukupnya bagi tujuan salut.

Cara Buat Crunchy Chicken Nugget Secara Homemade

1. Kentang dan isi ayam dikisar halus (bagi yang mahu rebus kentang atau goreng dahulu baru dilenyek juga boleh)
2. Masukkan kesemua bahan yang lain kecuali telur dan breadcrumbs. Tepung gandum boleh agak-agak ye, Jika tiga sudu pun tidak cukup untuk bentukkan adunan, boleh tambah lagi sikit. Saya pun pakai agak-agak sahaja.
3. Bentukkan adunan mengikut bentuk yang anda suka. Adunan bakal jadi sedikit lembik serta melekat di tangan.
4. Celup adunan dalam telur kemudian salut menggunakan bread crumbs.
5. Goreng menggunakan api sederhana..baki adunan anda boleh salut siap-siap lepas itu simpan dalam tempat sejuk beku. Bila hendak makan nanti, boleh terus ambil dan goreng.

Semoga perkongsian tentang Crunchy Chicken Nugget Recipe diatas dapat memberi manfaat kepada anda. Jangan lupa kongsikannya dengan yang lain. Terima kasih.

0 Response to "Resepi Crunchy Chicken Nugget Yang Sedap Dan Mudah"

Post a Comment