Resepi Roti Canai Paling Mudah Simple Dan Gebu

Resepi Roti Canai Paling Mudah Simple Dan Gebu. Apakah bahan dan bagaimana untuk membuat roti canai yang lembut dan mudah ? Ikuti perkongsian tentang resipi cara buat roti canai berikut :

Resepi Roti Canai Paling Mudah Yang Enak
Resepi Mudah Roti Canai Yang Lembut


Roti Canai Resepi Paling Mudah Sedap dan Lembut

Berikut merupakan bahan yang diperlukan  :

1. Tiga cawan tepung gandum
2. Setengah cawan minyak masak
3. Satu sudu gula
4. Satu sudu kecil garam
5. Satu cawan air suam

Cara Buat Roti Canai Secara Home Made Yang Best

1. Campurkan tepung dan minyak masak serta ramaskannya sampai sebati.
2. Campurkan garam, gula, serta air suam. Kacau sampai larut.
3. Tuang air sedikit demi sedikit ke dalam tepung. Gaul sampai melekat sikit sahaja di tangan.
4. Uli doh tersebut secara 'uli tiga minit,berhenti dua minit'.
5. Uli sampai doh elastik serta tidak melekat di tangan.
6. Bahagikan doh sebesar penumbuk bayi dan selepas itu bulatkan.
7. Rendam pakai minyak masak sampai tenggelam.
8. Peram dalam tempoh masa lebih kurang satu jam sebelum canaikan.

Resipi Roti Canai Yang Sedap Mudah Serta Simple

1. Sediakan talam kemudian telangkupkan. Pakai belakang talam.
2. Ambil sebiji doh dan letakkan di atas talam tersebut. Tekan menggunakan tangan sampai leper. Tarikkan sekeliling doh tersebut sampai nipis ke sekeliling talam.
3. Lipat doh tersebut ke bentuk segi empat.
4. Goreng pakai kuali sampai masak.

Sekarang, siap. Semoga perkongsian tentang langkah-langkah untuk membuat roti canai dengan mudah tapi best ini dapat membantu dan memberi sedikit manfaat kepada anda. Jangan lupa kongsikannya dengan yang lain. Terima kasih.

0 Response to "Resepi Roti Canai Paling Mudah Simple Dan Gebu"

Post a Comment