Mangsa Pertama Virus Zika Disahkan Kementerian Kesihatan Malaysia

Kes Pertama Virus Zika Disahkan Kementerian Kesihatan Malaysia. KLANG: Kementerian Kesihatan telah mengesahkan bahawa seorang wanita berusia 58 tahun yang menetap di Klang, Selangor adalah mangsa pertama dijangkiti virus Zika di Malaysia.

Virus Zika Negara
Virus Zika Landa Malaysia


Virus Zika Mula Serang Negara Kes Pertama Di Klang

Datuk Seri Dr S. Subramaniam, Menteri Kesihatan,  berkata wanita tersebut telah mengunjungi anak perempuannya di Singapura pada 19 Ogos serta pulang ke tanah air 2 hari kemudian.

Bercakap pada satu sidang media di sini, beliau berkata selepas seminggu, wanita tersebut dilaporkan mulai demam dan dirujuk ke Hospital Sungai Buloh bagi tujuan pemeriksaan.

Tambahnya, ujian air kencing yang dijalankan ke atasnya mengesahkan dia dijangkiti virus Zika.

Bagaimanapun, ujian ke atas suaminya yang turut sama ke Singapura adalah negatif.

Menurutnya lagi, anak wanita tersebut di Singapura disahkan dijangkiti virus Zika pada 30 Ogos lalu oleh pihak berkuasa kesihatan Singapura.

Katanya lagi, kementerian akan melaksanakan kawalan vektor nyamuk Aedes di kawasan perumahan wanita tersebut menetap iaitu Taman Botanik, Klang.

Sumber : MK

0 Response to "Mangsa Pertama Virus Zika Disahkan Kementerian Kesihatan Malaysia"

Post a Comment