Cara dan Ikhtiar Orang Yang Sedang Demam Panas

Cara dan Ikhtiar Orang Yang Sedang Demam Panas bagi bayi, kanak-kanak dan orang dewasa. Ikuti panduan dan cara menyediakan air penawar bagi bayi, kanak-kanak dan orang dewasa yang terkena demam panas dibawah :

Petua dan Cara Ikhtiar Orang Yang Sedang Demam Panas
Demam Panas Petua dan Ikhtiar

Cara dan Panduan Membuat Air Penawar Demam Panas
  1. Sediakan sebotol air mineral
  2. Pastikan tubuh dalam keadaan suci dan berwuduk
  3. Baca Al Fatihah sekali
  4. Bca Selawat 3 kali
  5. Baca Surah Yasin ayat 58 "Salamun qawlan min rabbin raheem" 11 kali dengan ikhlas hati
  6. Berdoa semoga disembuhkan 
  7. Kemudian tiup pada air tersebut.
Cara dan Panduan Membuat Air Penawar Demam Panas
  1. Ambil air mineral tersebut dan beri minum kepada orang yang terkena demam panas. 
  2. Sambil berselawat, renjis-renjis dan sapu air yang sudah didoakan keseluruh tubuh. 
  3. Mulakan dari sebelah kaki kanan dan terus keatas bahu hingga ke tangan kanan, 
  4. Kemudian dari sebelah kaki kiri dan terus keatas bahu dan tangan kiri, 
  5. Akhir sekali disebelah belakang dan seluruh kepala, muka dan seluruh badan.
  6. Ulang sehingga 3 kali atau lebih.
Pesanan Kepada Mereka Yang Kena Panyakit Demam Panas

Jangan tinggalkan ubat yang diberikah oleh doktor kerana ubat tersebut juga penting. Cara dan Panduan Merawat Demam Panas Bagi Bayi, Anak Kecil dan Orang Dewasa yang dikongsikan diatas merupakan satu ikhtiar dan tiada jaminan untuk sembuh jika Allah S.W.T tidak memberi keizinanNYA.

Semoga Tips dan Panduan Menyembuhkan Bayi, Kanak-kanak dan Orang Dewasa ini dapat membantu sedikit sebanyak masalah yang dihadapi anda. Jika anda merasakan Petua dan Ikhtiar Demam Panas turut dapat membantu yang lain. Bantu kami menyebarkannya dengan klik pada g+1 dibawah atau kongsikan dilaman-laman sosial milik anda. Sekian.

0 Response to "Cara dan Ikhtiar Orang Yang Sedang Demam Panas"

Post a Comment