Demonstrasi Mahasiswa 1974 di Baling dan Tasik Utara

Akhir tahun 1974, berikutan demonstrasi jalanan yang disertai oleh mahasiswa dan penglibatan aktif mahasiswa dalam menyuarakan masalah rakyat di Tasik Utara dan Baling, pasukan Polis Diraja Malaysia telah menjalankan operasi bagi menangkap semua aktivis yang terlibat antaranya adalah mahasiswa dan pensyarah. Ramai diantara mereka yang telah ditangkap dan ditahan di bawah akta ISA melalui “Operasi Rotan” atas arahan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Ghazali Shafie dan Menteri Pelajaran, Dr. Mahathir Mohamad.

Demonstrasi 1974 Hishammuddin Rais dan Yunus Ali Ditangkap

Hishamuddin Rais, 23 tahun, Setiausaha Agung Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), dan ahli exco PMUM, Yunus Ali, 22 tahun, adalah antara 2 nama dalam senarai paling atas nama-nama aktivis mahasiswa yang menjadi buruan pasukan polis. Namuun, kedua-kedua aktivis mahasiswa ini telah terlepas dari serbuan pasukan polis apabila 1,200 anggota polis yang ditugaskan dan berpakaian lengkap dengan senjata pistol serta rotan panjang telah menyerbu kampus Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia pada tanggal 9 Disember 1974.Sebelum melarikan diri ke luar negara, Yunus Ali dan Hishamuddin Rais telah diberi perlindungan selama beberapa bulan di rumah penulis dan penyair terkenal yang menggunakan nama samaran "Tongkat Warrant" atau nama sebenarnya Usman Awang. 

Usman Awang dan Aktivis Mahasiswa

Usman Awang yang terkenal sebagai seorang seniman dan penyair yang berjiwa rakyat, juga merupakan salah seorang aktivis yang turut serta dalam memimpin mogok Utusan Melayu pada 1961 bagi memperjuangkan kebebasan akhbar. Tongkat Warrant atau Usman Awang telah mempertaruhkan nasibnya sendiri dan secara rahsia memberi perlindungan kepada aktivis mahasiswa yang menjadi buruan polis ketika itu.

Sumber: Fb

Sejarah Demonstrasi Mahasiswa 1974 di Tasik Utara dan Baling


Sumber gambar: Kamarazaman Yacob, Bersama Anwar ke Penjara (Transgrafik, 1994)

0 Response to "Demonstrasi Mahasiswa 1974 di Baling dan Tasik Utara"

Post a Comment