Resipi Kari Ikan Keli

Resipi Gulai Kari Ikan Keli Yang Sedap. Dibawah adalah cara-cara untuk menyediakan gulai kari ikan keli bagi santapan seisi keluarga ( resipi dibawah adalah untuk makan 5 orang ) :

Bahan Masak Kari Ikan Keli
Resipi Kari Ikan Keli


Resipi Keli Masak Kari Yang Sedap :

-Sediakan tiga ekor ikan keli yang segar dan telah siap disiang, cuci sehingga bersih dengan menggunakan asam jawa dan sebiji limau nipis
-Empat ulas bawang merah dan dua ulas bawang putih dihiris halus
-Dua tangkai daun kari
-Lima tangkai kacang bendi
-Satu peket kecil rempah kari ikan dibancuh dengan setengah cawan air
-Dua cawan santan sederhana pekat
-Satu sudu besar air asam jawa cair
-Sedikit Garam
-Sedikit minyak untuk menumis

Cara Memasak Gulai Kari Ikan Keli :

1. Sila panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang merah dan putih yang telah disediakan hingga warnanya keperangan.

2. Seterusnya masukkan daun kari serta rempah kari dan tumis sehingga pecah minyak. 

3. Kemudian masukkan santan dan kacang bendi yang sudah disediakan tadi dan  biarkan ianya mendidih.

4. Apabila bendi sudah lembut, masukkan ikan keli, garam dan air asam jawa. Biarkan ianya mendidih.

Selamat mencuba.

0 Response to "Resipi Kari Ikan Keli"

Post a Comment