Cara Pancing Ketam Guna Jaring Yang Betul Dan Mudah

Cara Pancing Ketam Guna Jaring Yang Betul Dan Mudah. Bagaimana cara untuk pancing ketam dengan menggunakan jaring ? Ikuti perkongsian teknik pancing ketam pakai jaring berikut :

Cara Mudah Tangkap Ketam Pakai Jaring
Jaring Ketam Pakai Joran



Cara Mancing Ketam Pakai Jaring  Dengan Mudah


Peralatan yang diperlukan untuk memancing ketam :

1. Set Joran
2. Batu Ladung
3. Jaring Ketam
4. Umpan

Teknik Pancing Ketam Guna Jaring Dengan Betul Dan Senang

1. Sila masukkan umpan ( ikan atau apa saja umpan ) yang bersesuaian dalam kantung. Gantung kantung umpan bersama dengan jaring pada kili. Umpan tidak payah ditukar selagi tidak hancur.

2. Pakai batu ladung saiz enam hingga lapan atau bergantung pada kelajuan arus. Sebaiknya pakai joran tujuh kaki ke atas bagi mendapatkan balingan yang lebih jauh.

3. Tunggu dalam tempoh masa sepuluh sampai lima belas minit dan karau pancing. Kalau ada rasa berat seperti anda sedang menarik sampah, ianya menunjukkan terdapat  ketam yang tersangkut pada jaring yang telah anda pasang pada joran.

4. Jika  tiada ketam bolehlah cuba baling ke kawasan atau tambah jarak balingan.


Tips Dan Cara Jaga Jaring Pancing Ketam Dengan Betul

1. Selepas digunakan, rendam guna air sabun sekejap dan  kemudian bilas menggunakan air biasa serta gantungkan jaring tersebut. Biarkan jaring itu tergantung sampailah anda ingin kembali menggunakannya.

2. Elakkan dari menggulung jaring supaya jaring tahan lama, kembang dan cantik.

3. Jaring sentiasa nampak baru dan berkilat dan boleh pakai selama mungkin selagi jaring tak koyak atau rosak.


Musim Terbaik Untuk Tangkap Pancing Ketam Pakai Jaring

Musim untuk memancing adalah tidak terhad. Namun semasa air pasang mula bergerak turun merupakan masa yang terbaik. 

Namun, musuh kepada jaring ketam cuma struktur dalam air dan ikan buntal yang mampu menyebabkan jaring tersangkut serta terkoyak.

Oleh itu, elakkan memancing semasa arus lemah kerana kebiasaanya situasi tersebut mampu mengundang kehadiran buntal yang akan merosakkan umpan serta jaring anda.

Semoga perkongsian tentang langkah-langkah ngail ketam guna jaring diatas dapat memberi anda sedikit manfaat. Jangan lupa bantu kami sebarkan kepada yang lain dengan klik pada simbol g+1 atau kongsikannya di laman-laman sosial milik anda. Terima kasih.

0 Response to "Cara Pancing Ketam Guna Jaring Yang Betul Dan Mudah"

Post a Comment