Jagung Rebus Noxxa Resepi Yang Mudah Dan Best. Apa bahan dan bagaimana untuk menyediakan jagung rebus noxxa? Ikuti perkongsian tentang resipi jagung rebus noxxa berikut :
Jagung Rebus Noxxa |
Resepi Jagung Rebus Noxxa Yang Senang Dan Sedap
Bahan- bahan yang diperlukan :
- Enam tongkol jagung yang telah dibuang beberapa lapis kulit luar
- Air secukupnya
- Garam secukup rasa
Cara Buat Jagung Rebus Guna Periuk Noxxa
1. Sila buang beberapa lapis kulit jagung yang anda sediakan, selepas itu basuh dan toskan
2. Masukkan jagung dalam tiga tongkol pertama, serta tuangkan air, sebenarnya untuk nampak air tu nak letak separas tiga tongkol jagung di bawah sahaja. Rujuk gambar di atas
3. Masukkan tiga tongkol lagi dibahagian atas dan sila taburkan sedikit garam
4. Tutup tudung periuk noxxa anda, tetapkan tombol ke pressure serta HP kan selama enam minit,
5. Setelah bunyi beep, tutupkan ( off ) periuk noxxa dan tetapkan tombol ke steam bagi melepaskan wap. Biar wap habis keluar baru buka kembali tudung periuk.
6. Jika boleh terus keluarkan jagung yang sudah masak, serta buang air rebusan jagung tadi, letak kembali inner dalam periuk noxxa. letak balik jagung dalam noxxa untuk tan nak bagi haba panas pada jagung hilang.
Semoga perkongsian tentang resepi mudah jagung rebus noxxa diatas dapat memberi anda sedikit manfaat. Jangan lupa kongsikanya dengan yang lain. Terima kasih.
0 Response to "Jagung Rebus Noxxa Resepi Yang Mudah Dan Best"
Post a Comment