Resepi Rendang Daging Noxxa Yang Sedap Dan Mudah

Resepi Rendang Daging Noxxa Yang Sedap Dan Mudah. Apakah bahan dan bagaimana cara nak buat rendang daging menggunakan periuk Noxxa? Ikuti perkongsian tentang resipi rendang daging noxxa berikut :

Resepi Rendang Daging Noxxa Yang Sedap Dan Senang
Resepi Rendang Daging Noxxa



Resipi Mudah Rendang Daging Noxxa Yang Sedap

Berikut merupakan bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan rendang daging noxxa :
  1. Satu kilogram daging ( potong kecil kemudian basuh serta toskannya ) 
  2. Lima belas tangkai cili kering ( kisar lumat )
  3. Sepuluh ulas bawang merah (kisar lumat) 
  4. Lima batang serai - dititik 
  5. Dua inchi lengkuas ( yang sudah siap diketuk ) 
  6. Dua cawan santan cair 
  7. Dua cawan santan pekat 
  8. Dua tangkai daun limau purut 
  9. Sehelai daun kunyit  ( simpulkan ) 
  10. Secukup rasa garam

Cara Buat Rendang Daging Guna Periuk Noxxa Yang Best

  1. Sila masukkan daging, bahan kisar, lengkuas,serai serta santan ke dalam periuk Noxxa. 
  2. Kacau sampai rata dan tutup periuk tersebut. 
  3. Tetapkan butang HP pada periuk Noxxa selama tiga puluh minit. 
  4. Alihkan juga tombol tekanan kepada pressure. 
  5. Tekan On serta biarkan sehingga masa tamat.  
  6. Apabila masa sudah tamat, alihkan tombol tekanan kepada titik steam dan lepaskan wapnya. 
  7. Buka tudung periuk Noxxa anda. 
  8. Tetapkan butang stir fry.
  9. Masukkan daun kunyit dan daun limau purut. 
  10. Sambung memasak sehingga rendang menjadi agak kering dan pecah minyak. 
  11. Masukkan garam secukup rasa.
Semoga perkongsian tentang resepi rendang daging noxxa diatas dapat membantu dan memberi sedikit manfaat kepada anda. Jangan lupa kongsikannya dengan yang lain. Terima kasih.

0 Response to "Resepi Rendang Daging Noxxa Yang Sedap Dan Mudah"

Post a Comment