Resepi Nasi Hujan Panas Noxxa Yang Mudah Dan Sedap

Resepi Nasi Hujan Panas Noxxa Yang Mudah Dan Sedap. Apa bahan dan bagaimana cara untuk masak nasi hujan panas pakai periuk noxxa? Ikuti perkongsian resipi nasi hujan panas periuk noxxa berikut :

Nasi Hujan Panas Periuk Noxxa Resepi Best
Nasi Hujan Panas Periuk Noxxa



Resepi Mudah Nasi Hujan Panas Noxxa Yang Best

Berikut merupakan bahan-bahan yang diperlukan bagi menyediakan nasi hujan panas menggunakan periuk nasi noxxa :

Bahan A

  1. Empat cawan beras basmathi
  2. Empat cawan air
  3. Setengah cawan susu cair
  4. Tiga biji tomato - cincang
  5. Sebatang serai - titik
  6. Dua helai daun pandan - simpul
  7. Satu kiub pati ayam
  8. Satu sudu teh garam
  9. Pewarna merah, hijau dan kuning
  10. Satu sudu besar minyak sapi
  11. Dua sudu besar butter/margerin


Bahan B

  1. Tiga kuntum bunga cengkih
  2. Dua kuntum bunga lawang
  3. Satu inchi kulit kayu manis
  4. Satu inchi halia - tumbuk
  5. Tiga biji bawang merah - tumbuk
  6. Satu ulas bawang putih - tumbuk



Cara Masak Nasi Hujan Panas Guna Periuk Noxxa

  1. SF minyak sapi serta margerin, tumis bahan B dengan daun pandan sampai naik bau.
  2. Masukkan air dengan garam. Didihkan.
  3. Masukkan susu cair, kiub ayam, tomato, beras, dan kacau sampai rata.
  4. Tekan HP3 minit. Bebas wap
  5. Buka tudung periuk noxxa anda dan buat lubang menggunakan chopstick pada nasdi beberapa penjuru, kemudian titikkan pewarna secara berselang seli.
  6. Tutup periuk noxxa sekejap dan biar keep warm sebentar dalam tempoh masa lebih kurang tiga minit. Selepas itu, gemburkan masa hendak hidang atau masa nak salin nasi ke dalam bekas yang lain.
  7. Hiaskan dengan taburan bawang goreng dan daun bawang.
  8. Siap

Semoga perkongsian tentang nasi hujan panas noxxa recipe diatas dapat membantu dan memberi sedikit manfaat kepada anda. Jangan lupa kongsikanya dengan yang lain. Terima kasih.

0 Response to "Resepi Nasi Hujan Panas Noxxa Yang Mudah Dan Sedap"

Post a Comment