Anwar Ibrahim Kritik Deklarasi Pakatan Antara Mahathir Dengan Kim Siang. Suara menerusi Penjara Sungai Buloh kini mula bergema. bekas ketua pembangkang, Anwar Ibrahim mengkritik pakatan antara Tun Dr Mahathir dan Lim Kit Siang bagi menjatuhkan Najib Razak kerana menggunakan golongan elit dalam menentukan hala tuju negara bukan dari kuasa rakyat.
Anwar Ibrahim |
Anwar Ibrahim Kritik Pakatan Tun M Dengan Lim Kit Siang
KUALA LUMPUR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Bekas Ketua Pembangkang, mengkritik pakatan Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama Lim Kit Siang dalam menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang disifatkan sebagai tidak memberi penekanan kepada kuasa rakyat.
Memetik laporan Free Malaysia Today, beliau menyifatkan gerakan pakatan tersebut tidak memberi apa apa perubahan terhadap institusi penting di Malaysia selain hanya akan mengurangkan kuasa rakyat.
Tambah Anwar lagi, apa yang dilakukan Dr. Mahathir bersama Kit Siang tidak mencukupi bagi menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia ( ketika ini ).
“Kamu tidak boleh menggunakan golongan elit dalam menentukan hala tuju negara. Halatuju negara harus menerusi pilihan demokrasi rakyat. Oleh itu, kembali kepada tadbir urus institusi serta demokrasi. Itu yang didapati kurangnya dalam deklarasi rakyat yang dibawa oleh mereka,” katanya.
Ditanya siapa yang dirasakan mampu menggantikan Najib Razak, Anwar menjawab, itu tertakluk kepada rakyat dalam menentukannya, bukan UMNO.
0 Response to "Anwar Ibrahim Kritik Deklarasi Mahathir Dengan Kit Siang"
Post a Comment