Protes Gotong Royong Perpaduan Menangkap Kucing Liar. CATS telah mendapat pelbagai mesej tentang protes tindakan Badan Pengurusan Puchong Permata 1. Langkah sebegini adalah satu tindakan mengajar generasi akan datang untuk memerangi serta membenci haiwan dengan perasaan yang dididik seperti berikut :-
Jangan Ajar Anak Kecil Bersikap Begini Terhadap Kucing
1. Kucing adalah musuh masyarakat.
2. Kucing itu menyusahkan
3. Kucing tidak perlu dan layak dikasihi
4. Kucing tiada hak hidup di muka bumi serta tidak boleh berkongsi alam semula jadi dengan manusia.
5. Bersikap kejam dengan kucing serta tidak boleh bertolak ansur.
Seterusnya siapa ada idea apakah nialai-nilai yang bakal diterima oleh generasi akan datang apabila sikap sebegini diturunkan dan seterusnya diwarisi oleh manusia-manusia durjana yang berhati hitam sebegini? Tolong sambung di ruangan komen.
Akan datang janganlah marah serta meratapi nasib apabila tiba hari tua nanti anak-anak akan kutip kalian dan hantar di rumah orang-orang tua sepertimana ajaran yang anda sendiri turunkan kepada mereka dengan kempen kejam dan sebegini.
Sebarkan mesej ini kepada seluruh masyarakat supaya pihak tidak bertanggungjawab tersebut dapat membacanya. Hantarkan berapa banyak petisyen kepada kami di email admin@cats.com.my atau kunjungi www.cats.com.my di ruangan "contact us". Pihak kami akan ajukan bantahan yang diterima kepada pengurusan mereka secara bersemuka.
0 Response to "Protes Gotong Royong Perpaduan Tangkap Kucing Liar"
Post a Comment