Cara Bersihkan Nama Dari CCRIS PTPTN Dengan Mudah

Cara Bersihkan Nama Dari CCRIS PTPTN Dengan Mudah. Bagaimana cara untuk membersihkan nama anda dari CCRIS Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional? Ikuti tips mudah bersihkan CCRIS PTPTN anda yang telah disedikan dibawah :

Cara Mudah Bersihkan CCRIS PTPTN
Cara Bersihkan CCRIS PTPTN


Panduan Cara Mudah Bersihkan Nama Dari CCRIS PTPTN

1. Tangguhkan dahulu proses pinjaman perumahan ( atau lain-lain ) anda jika anda susah dalam hendak membayar pinjaman PTPTN. Kemungkinan permohonan pinjaman anda akan ditolak oleh pihak bank.

2. Muat turun ( Print ) rekod CCRIS anda dan semak CCRIS Bahagian PTPTN.

3. Berkunjung ke mana-mana Ptptn berhampiran anda dan bawa bersama salinan laporan CCRIS yang telah anda muat turun tersebut. 

4. Maklumkan kepada pegawai PTPTN yang bertugas bahawa anda mahu membersihkan nama dalam rekod CCRIS PTPTN.

5. Bagitahu kepada pegawai tersebut, anda ingin membuat penstrukturan semula pinjaman anda. 
( Panjangkan tempoh bayaran agar ansuran bulanan menjadi rendah )

6. Anda perlu menjelaskan sebahagian daripada tunggakan. ( Pegawai PTPTN akan maklumkan kos minimum yang perlu anda bayar )

7. Dapatkan surat pengesahan penstrukturan semual pinjaman PTPTN. ( bagi sekali surat pengesahan dari pihak PTPTN ini semasa anda mahu memproses pinjaman perumahan )

8. Mula bayar pinjaman PTPTN setelah melakukan penstrukturan semula.

9. Bulan berikutnya, printkan rekod terbaru CCRIS anda ( Rekod CCRIS akan menjadi kosong )

10. Sekarang dengan senang hati anda dapat membuat pinjaman di bank setelah rekod CCRIS anda dibersihkan.

Semoga artikel, langkah untuk membersihkan nama anda daripada CCRIS PTPTN dapat membantu dan memberi manfaat kepada anda. Jangan lupa bantu kami kongsikan panduan ini dengan mereka yang lain dengan klik pada simbol g+1 atau kongsikan di laman-laman sosial milik anda. Terima kasih.

0 Response to "Cara Bersihkan Nama Dari CCRIS PTPTN Dengan Mudah"

Post a Comment