Fahmi Reza Balas Kritikan Benz Ali. Ada seorang budak dalam Facebook bernama Benz Ali yang tak henti-henti melabel dan mengutuk aku sebagai "aktivis middle class", "anarkis piring hitam", "acah-acah rebel", dan macam-macam lagi. Aku rasa dia menganggap diri dia sebagai "aktivis miskin" yang lebih tulin perjuangannya, dan menentang semua "aktivis middle class" macam aku yang dia label sebagai "hipokrit".Apa yang menyebabkan dia label aku sebagai "aktivis middle class"?
Kita Semua Penghasut |
Aktivis Middle Class Dan Aktivis Miskin
Kedua-dua ibu bapa aku hanya kerja kakitangan kerajaan, bapa aku kerja dekat Jabatan Percetakan dan ibu aku bekerja sebagai jurubahasa di Mahkamah Tinggi KL, sebelum mereka bersara. Kedua ibu bapa aku bercerai masa aku sekolah rendah, jadi aku dibesarkan oleh seorang ibu tunggal dengan 6 orang adik-beradik lain, tinggal di rumah kuarters kakitangan awam. Seumur hidup aku, aku tak pernah ada bilik aku sendiri, sentiasa kongsi dengan abang dan adik-adik aku. Dari kecik aku selalu tidur atas lantai sebab tak cukup katil untuk semua adik-beradik aku. Aku pergi sekolah jalan kaki (sekolah rendah dan menengah) sebab mak aku tak mampu nak bayar aku naik bas sekolah. Aku langsung tak pernah dihantar sekolah tuisyen sebab mak aku tak mampu nak bayar.
Aku dapat pendidikan universiti dekat luar negeri sebab result SPM aku bagus, dan aku dapat biasiswa penuh, bukan sebab mak aku yang bayar, sebab dia tak mampu nak bayar. Dalam keluarga aku hanya ada 2 orang yang dapat belajar di universiti. Abang aku terpaksa masuk kolej swasta, yang dia bayar sendiri sambil buat kerja part-time.
Sekarang ni aku bekerja sebagai seorang graphic designer untuk cari rezeki dan tampung kehidupan aku setiap bulan. Sekarang ni aku tak miliki rumah, hanya menyewa bilik. Aku tak miliki kereta, hanya bawak motorsikal ke mana-mana. Harta aku hanyalah komputer laptop aku, koleksi piring-piring hitam punk aku, dan buku-buku politik aku, yang kesemuanya aku beli sendiri hasil kerja titik peluh aku sendiri.
Jika ini menjadikan aku seorang "aktivis middle class", tak mengapa aku tak kisah dengan label ni.
Mungkin ada orang patut organise satu public forum dengan tajuk "Aktivis Middle Class dan Aktivis Miskin - Apa Perbezaannya?" dan jemput Benz Ali dan aku sebagai ahli panel untuk kita fahamkan kenapa perlu dibeza-bezakan aktivis-aktivis dalam Malaysia ni.
sumber : https://www.facebook.com/kuasasiswa
0 Response to "Fahmi Reza Balas Kritikan Benz Ali"
Post a Comment