Clever Girl TV3 Teruk Dikecam Netizen. Program terbaru Clever Girl yang disiarkan di televisyen arus perdana TV3 dan secara online telah mendapat kritikan pelbagai pihak dan masyarakat kerana merasakan ianya tidaklah satu rancangan yang benar-benar menguji tahap kecerdikan wanita-wanita di Malaysia. Ikuti maklum balas yang telah dipetik dari satu laman sosial setelah isu Clever Girl dimuat naik.
Clever Girl Malaysia |
Clever Girl Hebat Di Kritik Di Laman Sosial Dan Masyarakat
1. Kalau aku, lebih baik tanya tentang rukun Islam, rukun Iman ke dari tanya benda yang tak berfaedah langsung. Kalau salah, dia dapat ilmu, penonton dekat rumah pun dapat ilmu sama. Nak kata Clever tu tak tahulah, jangan kecam aku. Ini hanyalah pendapat peribadi.
2. Kalau keluar soalan "Apakah tujuan Clever Girl ini ditayangkan?" Hah yg tu baru betul soalan yang mencabar sikit.
3. Ramai lagi layak masuk tapi syarat yang paling utama ialah berpewatakan menarik. Alas bahasa untuk kau mesti lawa, tak lawa tak ingin walaupun kau pandai. Jenis perangai doublestandard.
4. Clever Girl lah sangat. Hari tu keluar soalan tentang berapa warna bendera negara sendiri ( baca : Jalur Gemilang, Malaysia ), siap kira satu-satu dan dengan yakin jawab lima warna. Entah-entah peserta tu orang Bangladesh dan diterima jadi peserta sebab cantik bukan cerdik.
5. Soalan bukan-bukan. Malaysia sudah tidak ada idea ke nak buat program televisyen sekarang? Tanyalah soalan macam program who wants to be a billionaire ke. soalan peperiksaan SPA ke, baru betul betul perah otak.
6. Semua soalan hiburan. Ini program Celik Gossip Bukan Cerdik.
7. Tanya la soalan-soalan yang ada dalam talkin.Tengok dapat jawab ke tak.
Jika anda ingin mengutarakan pandangan anda tentang Clever Girl, sila tinggalkannya diruang komen dibawah. Harap maklum dan terima kasih.
0 Response to "Clever Girl TV3 Teruk Dikecam Netizen"
Post a Comment