Cara Buat Cover Letter Minta Kerja Yang Betul

Cara Buat Cover Letter Untuk Minta Kerja Yang Betul. Ada orang tanya bagaimana cara nak buat cover letter untuk dokumen pengenalan diri (Resume) bagi tujuan memohon peluang kerjaya di sesebuah syarikat. Berikut merupakan sedikit panduan dan tips membuat cover letter  :

Contoh Cara Buat Cover Letter
Cover Letter Contoh


Contoh Dan Cara Buat Cover Letter Mohon Jawatan Kosong 

Diatas merupakan contoh karangan yang saya rasa boleh touching majikan macam saya. Majikan lain saya tidak tahu lah.

Format karangan sebaiknya tersusun dengan pengisian tiga perkara iaitu Apa, Kenapa dan Bagaimana.

APA

Siapa anda. Bahagian ini anda perkenalkan diri serta juga disiplin anda.

Kenapa

Kenapa anda hantar surat ini. Bahagian ini anda mesti beritahu tentang hasrat anda menghantar surat kepada bakal majikan. Sebaiknya nyatakan sekali rujukan iklan jawatan kosong berkenaan. Bahagian ini kalau anda dapat ulas dengan baik, akan memperlihatkan anda memang berminat dengan jawatan yang ditawarkan di syarikat yang anda mohon, bukan main kromo sahaja.

Bagaimana

Bagaimana untuk menghubungi anda. Bahagian ini adalah bertujuan untuk memberitahu kepada majikan tentang bagaimana untuk mengenali anda dengan lebih dekat serta bagaimana untuk menghubungi anda.

Semoga perkongsian tentang tips membuat cover letter untuk permohonan pekerjaan diatas dapat membantu dan memberi sedikit manfaat kepada anda. Jangan lupa bantu kami sebarkan maklumat ini dengan yang lain. Selamat mencuba.

0 Response to "Cara Buat Cover Letter Minta Kerja Yang Betul"

Post a Comment