Cara Buat Play Dough Dengan Mudah Dan Senang

Cara Buat Play Dough Dengan Mudah Dan Senang. Apakah bahan dan bagaimana cara untuk membuat play doh untuk anak-anak secara homemade? Ikuti perkongsian tentang kaedah membuat playdough dengan senang dan mudah dibawah :


Cara Buat Playdough Sendiri Di Rumah
Cara Buat Playdough Sendiri


Cara Mudah Buat PlayDough Untuk Anak Secara Homemade

Hari ni memandangkan hari cuti, jadi saya ambil kesempatan untuk membuat playdough. Sudah lama rancang hendak buat namun asyik tergendala sahaja.

Bahan Buat Play Dooh  Yang Jimat Dan Mudah

  1. Tiga cawan tepung gandum atau  tepung serbaguna.
  2. Satu setengah cawan garam halus.
  3. Enam sudu besar cream of tartar.
  4. Tiga sudu besar minyak zaitun / minyak masak.
  5. Tiga cawar air panas.
  6. Pewarna makanan - pink, biru, hijau dan kuning.


Cara Buat Play Dough Sendiri Rumah

1. Mula-mula sila campurkan kesemua bahan-bahan yang telah disediakan mengikut kuantiti berikut :

a) Tiga cup tepung gandum, 
b) 6 tbs cream or tartar  
c) 1 1/2 cup garam halus. 

2. Gaul sampai rata dan sebati. 

3. Kemudian masuk kan 3tbs olive oil dan Gaul lagi bagi sebati. 

4. Selepas itu, masuk kan 3 cup air panas. Ingat, masuk sikit-sikit sambil uli. 

5. Gaul sampai dough tidak melekat ditangan. 

6. Potong kepada 4 bahagian seperti dalam gambar diatas (ikut jumlah warna yang korang nak buat).

7. Tuangkan pewarna sikit sikit, kemudian uli sampai kepekatan warna yang anda nak tu menjadi.

8. Masuk kan untuk seketika ke dalam peti ais bahagian fridge dalam tempoh masa lebih kurang 15 minit untuk kasi sejuk. Jangan simpan dalam bahagian sejuk beku ya.

9. Lepas 15 minit dan keatas, keluarkan dan boleh bagi anak main.

Oh ya, homemade playdough ni turut tahan untuk tempoh 2 hingga 3 bulan. Selepas siap main uli balik serta masukkan ke dalam tupperware bertutup. Lepas tu simpan dalam fridge. Bila nak main ambil je dari fridge.

0 Response to "Cara Buat Play Dough Dengan Mudah Dan Senang"

Post a Comment