Cara Gosok Baju Dengan Mudah Dan Jimat Masa

Cara Gosok Baju Dengan Mudah Dan Jimat Masa Serta Elektrik. Bagaimana cara untuk menggosok baju dengan mudah dan mampu menjimatkan elektrik? Ikuti panduan kaedah gosok baju dengan mudah berikut :

Cara Mudah Gosok Baju Jimat Masa Elektrik
Cara Mudah Gosok Baju


Cara Iron Baju Yang Mudah Pakai Aluminium Foil

Gosok baju, terutamanya kain jenis cotton atau silk ( sutera ) mampu memberi sedikit tekanan kepada kita. Kedutnya susah  hendak hilang serta  mengambil masa yang agak lama untuk iron.  Jesteru, jom cuba gunakan teknik ini bagi menjimatkan masa untuk menggosok baju. Caj elektrik juga mampu dijimatkan.

Cara Mudah Gosok Baju Kain Cotton Atau Sutera

1. Sila buka serta keluarkan sarung ironing board anda.
2. Kemudian alas serta hamparkan aluminum foil atas papan gosok baju tersebut. Pastikan bahagian yang berkilat ( shining) adalah disebelah atas.
3. Pasang balik sarung papan iron serta gosokkan baju anda macam biasa.

Aluminum foil akan turut memanas ketika kita gosok baju. Secara tidak langsung, kita seolah-olah menggosok di kedua-dua bahagian baju tersebut serentak. Selamat mencuba.

0 Response to "Cara Gosok Baju Dengan Mudah Dan Jimat Masa"

Post a Comment