Cara Mudah Berkesan Bunuh Nyamuk Guna Sabun Joy. Bagaimana cara untuk menghalau dan membunuh nyamuk tanpa perlu pasang ubat nyamuk di rumah anda ? Ikuti panduan cara bunuh nyamuk pakai sabun joy dengan berkesan dan lebih selamat.
Sabun Joy Ubat Nyamuk |
Tips Berkesan Dan Mudah Halau Nyamuk Pakai Sabun Joi
Tahukan anda bahawa, Sabun Pencuci Pinggan Joy mampu menjadi salah satu alternatif yang lebih selamat untuk membunuh nyamuk yang berada di dalam atau berhampiran kediaman milik anda?
Kaedah Bunuh Nyamuk Guna Sabun Pencuci Joy
Sabun joy mampu menarik nyamuk kalau campuran sabun dan air ( satu nisbah satu ). Jika cecair terlalu pekat atau cair, ianya tidak akan mampu menarik perhatian nyamuk. Nyamuk akan 'minum' cecair dari bekas plastik yang anda gunakan serta mati dalam campuran sabun tersebut. Kadang kadang nyamuk yang kekenyangan darah pun akan didapati perutnya pecah.
Alternatif Ubat Nyamuk Sabun Pencuci Pinggan Joy
Tuangkan campuran joy dan air ke dalam bekas yang dalamnya 1 cm serta letakkan bekas yang sudah berisi campuran cecair tersebut ke tempat yang gelap. Misalnya, dibawah almari baju. Pastikan anda tidak membenarkan kucing anda untuk mendekati perangkap nyamuk sabun joy tersebut kerana khuatir kucing anda akan meminumnya, Esoknya anda akan boleh lihat terdapat nyamuk yang mati dalam perangkap nyamuk guna cecair joy tersebut.
Perangkap nyamuk sabun pencuci joy juga boleh diguna semula. Namun, sekiranya cecair bertukar pekat dan menjadi kering, sila tambah sedikit air bagi memastikan campuran sabun tersebut tidaklah terlalu cair.
0 Response to "Cara Mudah Berkesan Bunuh Nyamuk Guna Sabun Joy"
Post a Comment