Cara Elakkan Habuk Pada Bilah Kipas Guna Soflan. Bagi mereka yang mementingkan kebersihan, kewujudan habuk pada bilah-bilah kipas sudah semestinya akan menimbulkan rasa tidak keselesaan. Lebih-lebih lagi jika anda baru sahaja membersihkan kipas pada beberapa hari sebelum, namun habuk pada kipas tersebut kembali seolah-olah anda tidak pernah dibersihkan.
Elakkan Habuk Pada Kipas Pakai Pencuci Softlan |
Cara Hindar Habuk Lekat Pada Kipas Pakai Softlan
Percaya atau tidak, masalah elakkan habuk pada kipas dapat diselesaikan dengan menggunakan bahan yang sudah tersedia di rumah anda. Ikuti langkah-langkah mudah berikut :
Petua Elak Habuk Pada Kipas Dengan Mudah Guna Softlan
1. Sila basuh serta bersihkan kipas terlebih dahulu
2. Apabila semua habuk sudah dibersihkan, tuangkan softlan atau pelembut pakaian ke dalam penutup botol tanpa dicampurkan dengan air.
3. Selepas itu, celupkan span ke dalam softlan dan sapukan ke seluruh permukaan bilah-bilah dan jaring kipas.
4. Biarkan dalam tempoh masa lima minit sebelum anda membilaskan bilah kipas tersebut dengan air. 5. Akhir, sila keringkan dan pasangkan kembali kipas anda setelah itu.
Selamat mencuba dan jangan lupa kongsikan tips bersihkan kipas pakai softlan dengan senang kepada yang lain. Terima kasih.
0 Response to "Cara Elakkan Habuk Pada Bilah Kipas Guna Soflan"
Post a Comment