KUALA LUMPUR: Menerusi kerjaya seni yang dibina aktor kelahiran Singapura, Aaron Aziz di Malaysia beliau menjadi kegilaan ramai peminatnya.
Tetapi di alam realiti, Aaron menjadi milik mutlak isteri dan tiga cahaya mata iaitu Danish Anaqi, 10; Dwi Ariana, 8, dan Dahlia Arissa, 4.
Selama 12 tahun melayari bahtera perkahwinan, bagi Aaron tiga anak itu sudah mencukupi buatnya dan isteri.
Isterinya Diyana juga mengakui belum ada perancangan menambah anak. Jika ada yang mengikut pasangan ini di laman Instagram, mereka juga gemar memuat naik aktiviti seharian termasuk apa yang dilakukan anak.
"Buat masa ini tiada perancangan lagi. Kalau ikutkan, tiga anak sudah mencukupi tetapi jika dikurniakan lagi cahaya mata saya tidak akan menolak. Anak-anak adalah segala-galanya buat saya," katanya yang baru saja muncul dengan filem Romeo Kota yang turut menyaksikan posisi beliau pertama sekali di kerusi pengarah.
Pada 22 Januari ini pula Aaron akan muncul dalam filem Suamiku, Encik Perfect 10! terbitan Astro Shaw dan Global Station.
Filem itu menyaksikan sekali lagi Aaron bergandingan dengan Lisa Surihani buat kali kedua selepas filem Ombak Rindu.
Suamiku, Encik Perfect 10! turut dibintangi Normah Damanhuri, Jasmin Hasmid, Raja Ilya dan Jehan Miskin. Aaron membawa watak Zarief Danial.
"Berbeza dari Ombak Rindu yang mana saya dengan Lisa muncul sebagai pasangan kekasih tetapi cinta yang ada itu ibarat bertepuk sebelah tangan manakala Suamiku, Encik Perfect 10! Saya dan Lisa bermula sebagai seorang kawan atau lebih tepat saya ini umpama abang kepadanya.
"Zarief hadir dalam hidupnya untuk membantu Aleeya Azmeen (Lisa) menyelesaikan masalah peribadinya.
"Cuma dalam diam cinta itu hadir tanpa disangka. Mereka jatuh cinta. Di alam realiti pun, Lisa memanggil saya sebagai Abang," kata pemilik kafe Kidz & Creme yang mula beroperasi sebelum Ramadan tahun lalu di Setia Alam, Shah Alam, Selangor.
Sumber : Bh Online

0 Response to "Aaron Aziz Hanya Mahukan Tiga Anak Tetapi"
Post a Comment