Pandangan berikut adalah semata-mata panduan daripada sudut
fiqh. Perbincangan mengenai memukul anak ini perlu dilakukan menyeluruh,
termasuk bagaimana pengasihnya nabi ke atas kanak-kanak, dan juga elemen
psikologi yang lain.
1. Merotan atau memukul dibenarkan taktala anak sudah
berumur 10 tahun
Sabda nabi:
مروا أولادكم بالصلاة وهم
أبناء سبع، واضربوهم عليها
وهم أبناء عشر
(Ajar anak kamu solat ketika umurnya 7 tahun, dan (sekiranya
mereka enggan) pukul mereka apabila mencecah 10 tahun). (Riwayat Abu Daud)
2. Tidak melebihi 3 kali bagi hukuman rotan biasa, atau 10
kali bagi hukuman qisas.
لا يجلد فوق عشر
جلدات الا في حد
من حدود
Hadith Abu Hurairah, Sabda Nabi: Tidak boleh merotan
melebihi 10 kali melainkan pada hukum hudud (Hadith Bukhari)
Menurut Umar Abdul Aziz: Guru-guru tidak boleh merotan
melebihi 3 kali, kerana ianya boleh menimbulkan fobia dan kebimbangan kepada
kanak-kanak.
Menurut al-Dohak: Apa-apa sahaja pukulan atau rotan yang
melebihi 3 kali, maka ianya adalah qisas.
3. Rotan itu tidaklah terlalu keras, tidak pula terlalu
lembut atau basah/lembab, sehinggalah boleh meninggalkan bekas dan kerosakan
yang teruk pada kulit.
عن زيد بن أسلم
: أن رجلا أعترف بنفسه
بالزنى على عهد رسول
الله صلى الله عليه
وسلم فدعا رسول الله
صلى الله عليه وسلم
بسوط فأتي بسوط مكسور
فقال : (فوق ذلك) فأتي
بسوط جديد لم تقطع
ثمرته فقال : (بين هذين)
فأتي بسوط قد لان
وركب به فأمر به
فجلد
Diriwayatkan oleh Zaid bin Aslam katanya, seorang lelaki
telah mengaku berzina di zaman Rasulullah SAW maka Rasulullah meminta sebatang
tongkat untuk disebat lelaki itu, apabila tongkat yang dikehendaki dikemukakan
kepada baginda Rasulullah SAW. didapati tongkat itu pecah-pecah, lalu baginda
minta tongkat yang lain, apabila tongkat yang kedua dibawa kepadanya didapati
pula tongkat itu daripada dahan kayu yang baru dipotong, Rasulullah SAW
menolaknya lagi dan meminta tongkat yang sangat sederhana yang tidak keras,
Rasulullah SAW menerimanya dan memerintahkan supaya disebat dengannya.
(al-Muwatta’)
4. Cara merotan menurut Syeikh al-Faqih Shamsuddin al-Anbani:
i. Memukul di tempat yang berbeza, bukannya pada satu tempat
di badan manusia sahaja.
ii. Memanjangkan tempoh rotan pertama dengan yang
seterusnya.
iii. Tidak mengangkat tangan sehingga boleh kelihatan
ketiaknya.
5. Tempat dibenarkan memukul: semua anggota badan kecuali
kemaluan dan muka (tambahan al-Ahnaf: seluruh kepala)
Kata Ali ketika menjatuhkan hukuman had ke atas peminum
arak: Sebatlah seluruh anggota badan tetapi elakkan muka dan alat kemaluan.
عن النبي صلى الله
عليه وسلم أنه قال
: (إذا ضرب أحدكم فليتق
الوجه) رواه أبوداود.
Sabda Nabi: Sekiranya seseorang itu merotan, elakkan
wajahnya (Abu Daud)
Sebahagian ulama’ salaf mencadangkan agar dirotak di tapak
tangan dan kaki.
6. Berhenti seketika sekiranya yang sedang dirotan menyebut
nama Allah.
عن أبي سعيد الخدري
رضي الله عنه قال
: قال صلى الله عليه
وسلم (إذا ضرب أحدكم
خادمه فذكر الله فارفعوا
أيديكم) رواه الترميذي
Daripada Abi Sa’id Al-Khudri, Sabda Nabi: Sekiranya kamu
merotan (dengan sebab) akan pekerja kamu, kemudian dia menyebut kalimah Allah,
maka tangguhkan dahulu. (al-Tirmizi)
sumber: fb
0 Response to "Syarat Merotan Anak Menurut Sunnah"
Post a Comment