Gary Steven Robbat Didenda RM50000 Oleh FAM

Ringkasan keputusan mesyuarat FAM berhubung kes Gary Steven Robbat

1 - Gary Steven Robbat didenda RM50,000 serta digantung tiga bulan daripada menyertai apa sahaja kejohanan di bawah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)
2 - Hukuman berkuat kuasa serta merta selepas disahkan melanggar peraturan perjanjian perpindahan.
3 - Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) turut didenda RM100,000 dan diberi amaran keras kerana didapati bersalah menandatangani Gary sebelum pemain itu dilepaskan FAM selain menimbulkan permasalahan itu.
4 - Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang yang turut didapati bersalah menandatangani Gary sebelum dilepaskan FAM hanya berdepan amaran keras daripada badan induk bola sepak negara itu.
5 - Segala kontrak pemain berkenaan bersama JDT dan Pahang terbatal secara automatik. Dia kini difahamkan ejen bebas.

sumber Berita Harian Online

0 Response to "Gary Steven Robbat Didenda RM50000 Oleh FAM"

Post a Comment