Tips dan Petua Kurangkan Sakit Ketika Bersalin

Tips dan Petua Kurangkan Sakit Ketika Bersalin

Terdapat dua teknik untuk mengurangkan rasa sakit ketika bersalin iaitu dengan menggunakan bantuan ubat ataupun tanpa menggunakan bantuan ubat.

Proses melahirkan bermula dengan kontraksi. Kontraksi yang berlaku akan menyebabkan kita berasa kurang selesa. Untuk mengurangkan rasa ketidakselesaan ini, terdapat bermacam cara yang boleh kita gunakan.Antaranya ;

TANPA BANTUAN UBAT

1 ) Berkedudukan Tegak
Semasa kontraksi awal, sokong diri pada permukaan yang berhampiran. Contohnya dinding, kerusi atau katil hospital. Berlutut jika perlu.

2) Duduk Ke Hadapan
Duduk berhadapan belakang kerusi dan bersandar di atas dengan menggunakan kusyen atau bantal. Rehatkan kepala pada lengan yang disilangkan.

3) Melutut Ke Hadapan
Melutut dalam keadaan kaki anda terpisah dan rehat ke hadapan di atas himpunan bantal. Cuba berasa dalam keadaan seselesa mungkin.

4) Posisi Merangkak
Melutut dalam keadaan tangan dan lutut di lantai. Condongkan pelvik anda ke hadapan dan ke belakang. Namum, jangan lengkungkan badan anda.

5) Meniup
Jangan meneran jika jururawat mendapati rahim anda belum terbuka sepenuhnya. Sebut huf...huf...huf... seperti meniup untuk mengurangkan rasa sakit kontraksi. Berlutut dan bersandar ke hadapan, rehatkan kepala atas tangan dan arahkan punggung ke atas.

0 Response to "Tips dan Petua Kurangkan Sakit Ketika Bersalin"

Post a Comment