Tidak tahu akan kesahihan berita ini sebab yang menyampaikan kepada cik pang pun masih tidak dapat pengesahan daripada tuan empunya badan sendiri.
Khabarnya, Lisa Surihani sudah mengandung tetapi masih lagi di peringkat awal.Kawan Cik Pang yang dapat berita ini pun sedang merisik kepada tuan empunya badan.
Bukannya apa, sedikit sebanyak berita diterima cukup menggembirakan. Apatah lagi Lisa dianggap "Malaysian SweetHeart" sudah tentu peminat mahu berkongsi kegembiraan ini bersama pelakon popular tersebut.
Kawan Cik Pang telah cuba menghubungi Cik Lisa Kita untuk mendapatkan pengesahan adakah benar berita gembira yang disampaikan tersebut?
Bagaimanapun, Cik Lisa Kita enggan memberikan sebarang pengesahan ataupun komen mengenainya. Untuk menghormati pendirian Cik Lisa, Kawan Cik Pang pun terus tutup buku.
Namun menurut cerita, Cik Lisa memang tidak mahu isu dia mengandung menjadi kecoh lebih-lebih lagi apabila kadungannya masih lagi diperingkat awal.
Pesan orang-orang tua sendiri yang Cik Pang ingat, kalau kandungan masih awal tidak bagus diheboh hebohkan dan mungkin juga Cik Lisa dengar saranan itu.
Ada juga teori mengatakan Cik Lisa tidak boleh memberitahu secara terbuka kerana telah menandatangani kontrak bersama Astro dan pengumuman mengenai perkara ini akan dibuat secara eksklusif melalui stesen televisyen berbayar itu.
Itu hanya sekadar cakap-cakap kosong yang Cik Pang dengar. Apapun kesahihannya hanya Lisa dan suaminya, Yusry Kru yang tahu.
Cik Pang tahu isu Lisa mengandung ini sensitif. Andai kata ianya tidak benar tentang apa yang dikhabarkan ini, sudah tentu akan membuat Lisa dan Yusry berkecil hati.
Andai itu berlaku, Cik Pang mohon maaf. Tapi sebenarnya Cik Pang seperti juga peminat Lisa yang lain mengharapkan perkara yang baik dan indah berlaku dalam hidup pasangan romantis ini.
Namun,kalau cerita yang Cik Pang dengar ini tidak benar, Cik Pang harap Lisa dan Yusry boleh menganggapnya sebagai satu doa dari Cik Pang untuk mereka agar segera dikurniakan cahaya mata.Amin.
sumber :hmetro
0 Response to "Lisa Surihani Mengandung Anak Pertama"
Post a Comment